Saturday, December 19, 2009

Perilaku al-Qardawi: al-Wasatiyyah, La Ifrat wa La Tafrit (Kesederhanaan, Tidak Jumud dan Tidak Liberal)



Baru-baru ni saya menghadiri ceramah Sheikh Dr Yusuf al-Qardawi di Masjid Shah Alam. Rasa sangat bertuah bila bersama dengan tokoh ulama dunia. Mudahan beliau juga tersenarai di dalam senarai nama guru-guruku kelak meskipun sekadar kurang satu jam dengar ceramah beliau..AMEEN

Posting kali ni, saya ingin dedahkan peristiwa menarik tentang beliau mengenai tasamuh mazhab..Seperti beriku:

وقال الشيخ القرضاوي مازحا مع طلاب العلم الذين يخضعون للدورة التدريبية: "أنا سلفي على صوفي على أشعري"، وروى أن "أحدهم كان يقول لي: ما مذهبك؟ فقلت له أنا دخلت الأزهر حنفيا، إنما إلى الآن أنا حنفشعي (حنفي شافعي)"، فضحك كل من في القاعة بمزاح الشيخ الذي أكمل حديثه مبينا سبب دخوله الأزهر معتنقا المذهب الحنفي.

وقال: "عندما كنت أقدم للالتحاق بالأزهر كان يكتب لي الانتساب عالم من علماء بلدنا صفط تراب- غربية (دلتا النيل) اسمه الشيخ عبد المطلب البتي رحمه الله.. وبينما كان يكتب الانتساب جاءت خانة اسمها المذهب، فكنت سأقول له اكتب شافعيا، لكنه سبقني وقال لي: ما رأيك يا شيخ يوسف أن تكون حنفيا مثلي؟ فقلت له خلاص خليني حنفي زيك (مثلك)"، وتابع ضاحكا: "طلعت حنفي بالصدفة".

وتابع العلامة بأنه درس كل المذاهب في الأزهر: "درست المذهب الحنفي وبعد ذلك درست المذاهب كلها.. ودرست الأشعرية في المعاهد الدينية وفي كلية أصول الدين.. ولكنني توسعت فدرست السلفيين.. درست الغزالي ودرست ابن تيمية".

وأضاف: "تعلمت أول ما تعلمت على الغزالي وبعده تعلمت ابن تيمية.. أعجبت بابن تيمية، ولكني لم أطرد الغزالي تماما.. أرجع إلى هؤلاء وإلى هؤلاء.. والمسلم ينتقي من كل شيء أفضل ما فيه، ولا يكفر إنسانا إلا بقطعي من القطعيات".


Dalam sebuah majlis beliau pernah berseloroh demikian: "Saya adalah salafi, ala sufi, ala asy'ari". Katanya lagi: "Ada orang bertanya saya: Apa mazhab tuan? Lalu jawab saya: Saya masuk ke al-Azhar sebagai hanafi. Adapun sehingga sekarang saya adalah HANAFASYA'I", maksudnya mazhab hanafi campur syafi'i. Lantas ketawalah semua yang ada di dalam dewan majlis itu dengan gurauan Syeikh al-Qaradhawi tersebut.

Beliau menceritakan sebabnya demkian: "Ketika saya nak mendaftar di al-Azhar, orang yang mendaftarkan saya pada masa itu ialah salah seorang alim dari tempat kami Safat Turab, wilayah Gharbiyyah (Delta Nil) bernama Syeikh 'Abdul Muttalib al-Bitti rah. Ketika beliau menulis pendaftaran berkenaan, tiba pada ruangan 'mazhab'. Pada mulanya saya nak menyebut kepada beliau: Tuliskan mazhab syafi'i, tetapi tiba-tiba beliau berkata terlebih dulu: Apa pendapat kamu ya Syeikh Yusuf kamu jadi hanafi seperti saya? Lalu jawab saya: Baiklah kalau begitu saya hanafi seperti tuan. Maka jadilah saya bermazhab hanafi secara tak sengaja". Kata beliau dengan tersenyum.

Menurutnya lagi, beliau mempelajari semua mazhab ketika di al-Azhar. Kata beliau: "Saya mempelajari mazhab hanafi, dan selepas itu saya mempelajari kesemua mazhab. Saya juga mempelajari akidah Asy'ariyyah ketika di Maahad Diniyyah dan juga di Fakulti Usuluddin. Akan tetapi saya pergi lebih luas, lalu saya pelajari juga akidah Salafiyyah.. Saya pelajari al-Ghazali dan saya juga pelajari Ibn Taimiyyah".

Tambahnya lagi: "Pelajaran yang mula-mula saya pelajari ialah pada al-Ghazali, dan selepasnya baru saya pelajari Ibn Taymiyyah. Saya kagum dengan Ibn Taimiyyah, akan tetapi saya tidak menolak al-Ghazali secara langsung. Saya merujuk kepada pihak yang ini dan juga kepada pihak yang ini. Dan seorang muslim itu memilih daripada tiap-tiap sesuatu, apa yang paling baik ada padanya, dan tidak mengkafirkan seseorang melainkan dengan perkara yang qat'i (pasti dalam agama)".

Kesimpulan Penulis:
1. Kita perlu berlapang dada dengan perbezaan pandangan dalam mazhab. Sebenarnya perbezaan kita sangat banyak, tapi ia dibolehkan apabila ia berada dalam ruangan ijtihad dan furuk.
2. Adakah perbezaan itu perlu buatkan kita bergaduh. Cuba bayangkan dalam bahasa arab pun ada aliran berbeza seperti nahu kufah dan nahu basrah (dua bandar penting di Timur Tengah). Perlukah kufah dan basrah bergaduh?
3. Jangan nafikan perbezaan pendapat tersebut dengan ungkapan jumud, bid'ah atau wahabi kerana ia sukar ditentukan siapa yg taksub,siapa yang tajdid,siapa yang sederhana dan sebagainya.
4. Jika didapati benar terdapat golongan yg terlalu menganggap aliran mereka saja yang ikut hadis, sunnah, al-Quran dan seumpamanya, manakala aliran lain semuanya bid'ah,termasuk anggap pandangan ulama muktabar sebagai syirik dan khurafat, maka ia perlu ditangani dengan bijak dan berhikmah.
5. Jauh dari sikap mensyirikkan, membid'ahkan, mengkafirkan pandangan orang lain dan hormatilah pendapat ulama terdahulu meskipun kita tidak bersetuju.

Antara posting lain tentang pendapat Qardawi:
1) al-Qardawi: Ulama Awam Lebih Bahaya Dari Ulama Kerajaan
2) al-Qardawi: Majoriti Umat ISlam Aliran Asya'irah
3) al-Qardawi: Islam Risalah Sepanjang Zaman