Saturday, December 19, 2009

Perilaku al-Qardawi: al-Wasatiyyah, La Ifrat wa La Tafrit (Kesederhanaan, Tidak Jumud dan Tidak Liberal)



Baru-baru ni saya menghadiri ceramah Sheikh Dr Yusuf al-Qardawi di Masjid Shah Alam. Rasa sangat bertuah bila bersama dengan tokoh ulama dunia. Mudahan beliau juga tersenarai di dalam senarai nama guru-guruku kelak meskipun sekadar kurang satu jam dengar ceramah beliau..AMEEN

Posting kali ni, saya ingin dedahkan peristiwa menarik tentang beliau mengenai tasamuh mazhab..Seperti beriku:

وقال الشيخ القرضاوي مازحا مع طلاب العلم الذين يخضعون للدورة التدريبية: "أنا سلفي على صوفي على أشعري"، وروى أن "أحدهم كان يقول لي: ما مذهبك؟ فقلت له أنا دخلت الأزهر حنفيا، إنما إلى الآن أنا حنفشعي (حنفي شافعي)"، فضحك كل من في القاعة بمزاح الشيخ الذي أكمل حديثه مبينا سبب دخوله الأزهر معتنقا المذهب الحنفي.

وقال: "عندما كنت أقدم للالتحاق بالأزهر كان يكتب لي الانتساب عالم من علماء بلدنا صفط تراب- غربية (دلتا النيل) اسمه الشيخ عبد المطلب البتي رحمه الله.. وبينما كان يكتب الانتساب جاءت خانة اسمها المذهب، فكنت سأقول له اكتب شافعيا، لكنه سبقني وقال لي: ما رأيك يا شيخ يوسف أن تكون حنفيا مثلي؟ فقلت له خلاص خليني حنفي زيك (مثلك)"، وتابع ضاحكا: "طلعت حنفي بالصدفة".

وتابع العلامة بأنه درس كل المذاهب في الأزهر: "درست المذهب الحنفي وبعد ذلك درست المذاهب كلها.. ودرست الأشعرية في المعاهد الدينية وفي كلية أصول الدين.. ولكنني توسعت فدرست السلفيين.. درست الغزالي ودرست ابن تيمية".

وأضاف: "تعلمت أول ما تعلمت على الغزالي وبعده تعلمت ابن تيمية.. أعجبت بابن تيمية، ولكني لم أطرد الغزالي تماما.. أرجع إلى هؤلاء وإلى هؤلاء.. والمسلم ينتقي من كل شيء أفضل ما فيه، ولا يكفر إنسانا إلا بقطعي من القطعيات".


Dalam sebuah majlis beliau pernah berseloroh demikian: "Saya adalah salafi, ala sufi, ala asy'ari". Katanya lagi: "Ada orang bertanya saya: Apa mazhab tuan? Lalu jawab saya: Saya masuk ke al-Azhar sebagai hanafi. Adapun sehingga sekarang saya adalah HANAFASYA'I", maksudnya mazhab hanafi campur syafi'i. Lantas ketawalah semua yang ada di dalam dewan majlis itu dengan gurauan Syeikh al-Qaradhawi tersebut.

Beliau menceritakan sebabnya demkian: "Ketika saya nak mendaftar di al-Azhar, orang yang mendaftarkan saya pada masa itu ialah salah seorang alim dari tempat kami Safat Turab, wilayah Gharbiyyah (Delta Nil) bernama Syeikh 'Abdul Muttalib al-Bitti rah. Ketika beliau menulis pendaftaran berkenaan, tiba pada ruangan 'mazhab'. Pada mulanya saya nak menyebut kepada beliau: Tuliskan mazhab syafi'i, tetapi tiba-tiba beliau berkata terlebih dulu: Apa pendapat kamu ya Syeikh Yusuf kamu jadi hanafi seperti saya? Lalu jawab saya: Baiklah kalau begitu saya hanafi seperti tuan. Maka jadilah saya bermazhab hanafi secara tak sengaja". Kata beliau dengan tersenyum.

Menurutnya lagi, beliau mempelajari semua mazhab ketika di al-Azhar. Kata beliau: "Saya mempelajari mazhab hanafi, dan selepas itu saya mempelajari kesemua mazhab. Saya juga mempelajari akidah Asy'ariyyah ketika di Maahad Diniyyah dan juga di Fakulti Usuluddin. Akan tetapi saya pergi lebih luas, lalu saya pelajari juga akidah Salafiyyah.. Saya pelajari al-Ghazali dan saya juga pelajari Ibn Taimiyyah".

Tambahnya lagi: "Pelajaran yang mula-mula saya pelajari ialah pada al-Ghazali, dan selepasnya baru saya pelajari Ibn Taymiyyah. Saya kagum dengan Ibn Taimiyyah, akan tetapi saya tidak menolak al-Ghazali secara langsung. Saya merujuk kepada pihak yang ini dan juga kepada pihak yang ini. Dan seorang muslim itu memilih daripada tiap-tiap sesuatu, apa yang paling baik ada padanya, dan tidak mengkafirkan seseorang melainkan dengan perkara yang qat'i (pasti dalam agama)".

Kesimpulan Penulis:
1. Kita perlu berlapang dada dengan perbezaan pandangan dalam mazhab. Sebenarnya perbezaan kita sangat banyak, tapi ia dibolehkan apabila ia berada dalam ruangan ijtihad dan furuk.
2. Adakah perbezaan itu perlu buatkan kita bergaduh. Cuba bayangkan dalam bahasa arab pun ada aliran berbeza seperti nahu kufah dan nahu basrah (dua bandar penting di Timur Tengah). Perlukah kufah dan basrah bergaduh?
3. Jangan nafikan perbezaan pendapat tersebut dengan ungkapan jumud, bid'ah atau wahabi kerana ia sukar ditentukan siapa yg taksub,siapa yang tajdid,siapa yang sederhana dan sebagainya.
4. Jika didapati benar terdapat golongan yg terlalu menganggap aliran mereka saja yang ikut hadis, sunnah, al-Quran dan seumpamanya, manakala aliran lain semuanya bid'ah,termasuk anggap pandangan ulama muktabar sebagai syirik dan khurafat, maka ia perlu ditangani dengan bijak dan berhikmah.
5. Jauh dari sikap mensyirikkan, membid'ahkan, mengkafirkan pandangan orang lain dan hormatilah pendapat ulama terdahulu meskipun kita tidak bersetuju.

Antara posting lain tentang pendapat Qardawi:
1) al-Qardawi: Ulama Awam Lebih Bahaya Dari Ulama Kerajaan
2) al-Qardawi: Majoriti Umat ISlam Aliran Asya'irah
3) al-Qardawi: Islam Risalah Sepanjang Zaman

Tuesday, November 24, 2009

Lautan Dan Lembah Di Planet Marikh?



Sebuah peta baru Marikh yang lebih lengkap menunjukkan pernah wujud lautan luas di sebelah utara dan kawasan lembah di garisan khatulistiwa planet itu, memberi pembayang bahawa planet itu pernah memiliki iklim lembap dan hujan.

Peta yang dihasilkan oleh komputer itu berdasarkan data dari satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), turut menunjukkan rangkaian lembah di planet berwarna merak itu adalah dua kali lebih luas berbanding anggaran sebelum ini.

"Kewujudan lembah menunjukkan berlakunya hakisan akibat hujan, proses sama yang membentuk lembah di planet kita.

"Hanya satu lautan yang wujud di kawasan hemisfera utara menunjukkan mengapa terdapat had di sebelah selatan yang penuh dengan rangkaian lembah," kata seorang profesor geografi di Universiti Northern Illinois, Wei Lou (gambar di bawah).



Katanya, bahagian paling selatan Marikh adalah jauh daripada kawasan berair dan hanya mendapat sedikit hujan dan tidak mempunyai lembah.

Tambah Lou, hujan hanya turun di kawasan laut dan sedikit kawasan darat yang berdekatan sekali gus membentuk kawasan lembah mengelilingi bahagian tengah planet tersebut.

Laporan ini disiarkan dalam Jurnal Penyelidikan Geofizik.

Sejak kapal pemerhati Mariner 9 milik NASA menemui rangkaian lembah di Marikh pada 1971, timbul pertikaian sama ada ia wujud akibat hakisan laluan air hasil daripada kelembapan dan hujan atau melalui cara hakisan air bawah tanah yang boleh berlaku dalam cuaca sejuk dan kering.

Sumber: Utusan dan Northern Illinois University

Friday, November 20, 2009

Siapa Salah?: Antara Ofensif, Neutral dan Konstruktif



Kadang-kadang memang ada orang yang suka mencari salah, ataupun berfikiran ‘ofensif’. Dia suka berfikir tentang mencari siapa yang silap. Dia akan selalu menyakiti hati orang lain,walaupun dia tidak pernah mahu menyakiti hati orang lain.

Gaya fikirnya menumpukan kepada mencari siapa yang bersalah, supaya dia selamat dari sebarang salah, walaupun sememangnya dia tak perlu takut dianggap bersalah. Maka lahirlah komunikasi dan interaksi yang melukakan orang di sekelilingnya.

Jikalau dia mencari fail di pejabat, dia suka bertanya, “Di mana awak letak fail berwarna merah tu?”, padahal dia boleh sahaja berkata, “Di mana fail berwarna merah tu?”.

Manakala pemikiran konstruktif pula adalah pemikiran yang melahirkan kerja berpasukan yang sinergi. Gaya fikir ini berlaku apabila seseorang itu tidak mementingkan ’siapa yang bersalah’, tetapi ‘apa yang boleh kita buat’ atau ‘bagaimana untuk mengatasinya’. Dengan gaya fikir begitu, tutur katanya nanti tidak akan menyakiti hati orang lain.

Berikut adalah beberapa contoh ayat-ayat orang berfikiran ofensif:

“Kenapa awak letak beg ni merata-rata? Saya tersepak tadi!” (Ofensif)
“Bag
aimana beg ini boleh berada di sini?” (Neutral)
“Macamana kita nak pastikan pejabat kita tidak bersepah dan merbahaya ya?” (Konstruktif)

“Mana awak letak kertas tadi?” (Ofensif)
“Di mana kertas tadi?” (Neutral)
“Di mana saya boleh dapatkan kertas tadi ye?” (Konstruktif)


Kebiasaannya, orang yang berfikiran ofensif dan mencari salah akan menjadi lebih stress berbanding orang lain. Jika dia ditimpa musibah atau masalah, kebiasaannya dia akan berkata:

“Kenapa Tuhan uji saya begini?” (Ofensif)
“Kenapa saya? Kenapa!” (Ofensif)
“Semuanya tak kena. Takdir / Dunia / Hidup ini memang tidak adil!” (Ofensif menyalahkan hidup/dunia)
“Kenapalah aku ditakdirkan begini…” (Ofensif menyalah-nyalahkan takdir)


Untuk apa kita mempersoalkan ‘kenapa’ Tuhan melakukan sesuatu? Adakah Tuhan perlu memberikan alasanNya kepada kita? Sebaliknya, orang yang neutral-positif akan berkata:

“Apakah hikmah yang Tuhan ingin tunjukkan dalam kejadian ini?” (Neutral-Positif)


Manakala orang yang Konstruktif akan berkata:

“Apa yang boleh/patut aku lakukan untuk menghadapi situasi ini?” (Konstruktif)
“Apa kekuatan/peluang yang aku boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah ini?” (Konstruktif)
“Siapa yang boleh bantu saya selesaikan situasi ini?” (Konstruktif)
“Apakah kebaikan yang saya boleh perolehi selepas saya berjaya selesaikan masalah ini?” (Konstruktif)


Jadi..Siapa yang bersalah?

Sumber: http://kuasamotivasi.com/

PBB Iktiraf Negara Palestin Tanpa Israel?



Jumaat,20/11/2009 – Kerajaan Palestin pimpinan Ismail Haneyya menyambut naik kemungkinan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengiktiraf negara Palestin bebas daripada penempatan Israel dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara seperti sempadan pada tarikh 4 Jun 1967.

Sessi mesyuarat mingguan kerajaan pada Sabtu lalu mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa resolusi itu akan membuka pintu bagi generasi akan datang untuk menuntut kembali baki tanah Palestin pada tahun 1948.

Ia berkata idea pihak berkuasa Ramallah untuk beralih kepada Majlis Keselamatan PBB ditambah dengan penolakan Israel daripada semua perjanjian baru dengan PLO membuktikan bahawa rundingan telah menemui jalan buntu.

Sumber: http://palestinkini.info/?p=4729#more-4729

Wednesday, November 18, 2009

Kedah Sejahtera: Perkembangan Ekonomi Darul Aman


Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah menggariskan beberapa keperluan baru bagi meningkatkan ekonomi Negeri Kedah serta kebajikan terhadap rakyat.

Dalam sesi ucapan ketika membentangkan Bajet 2010, terdapat beberapa perkara penting yang menjadi nadi pengurusan ekonomi yang cekap dan baik oleh kerajaan negeri Kedah antaranya :

* Sehingga Ogos 2009, Kedah menerima kelulusan pelaburan berjumlah RM 837, 345, 329 iaitu merupakan negeri kelima mendapat pelaburan teringgi di Malaysia selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

* Pengurangan hasil tanah berikutan langkah kerajaan memberi rebet kepada hasil tanah sebanyak 50% berjaya ditampung melalui peningkatan hasil di bidang-bidang berikut :

•Kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM 19 juta tahun ini kerana usaha penguatkuasaan dan pengurusan yang rapi oleh Pejabat-Pejabat Tanah.
•Kenaikan hasil balak daripada RM 8 juta setahun sebelum ini kepada RM35 juta pada tahun 2009 kerana polisi atau dasar tender terbuka yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri.
•Dividen atas sumbangan daripada 11 buah GLC kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 30 juta. Inilah pembayaran yang pertama kali diterima oleh Kerajaan Negeri selepas usaha-usaha penyusunan semula GLC berjaya meningkatkan aktiviti dan keuntungan setiap GLC.
•Bagi tahuan 2009, Kerajaan Negeri masih menunggu pembayaran daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 40 juta yang sepatutnya telah dibayar sebelum Oktober setiap tahun.
•Amalan perancangan dan pengurusan ekonomi oleh Kerajaan Negeri berada di landasan yang betul bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya Allah begitu kasih apabila salah seorang daripada kamu melakukan amalan atau perbuatan dan ia lakukannya dengan betul, tepat dan cermat".

* Kerajaan memperkenalkan polisi bahawa tanah pertanian akan dikekalkan untuk pertanian sahaja.

* Satu program baru akan dilancarkan tahun 2010 iaitu program Merakyatkan Akuakultur. Kerajaan akan menyediakan insentif atau modal awalan kepada usahawan tani tempatan untuk menceburi secara komersial ternakan ikan keli dan ikan talapia di Negeri Kedah. Usahawan-usahawan ini akan dibantu oleh GLC iaitu Kedah Agro Akuakultur Sdn. Bhd. secara "contract farming". Sejumlah RM 1 juta telah disediakan pada tahun 2010.

* Defisit di dalam Bajet 2010 adalah berjumlah RM16.1 juta atau 3.16% berbanding defisit tahun 2009 sebanyak RM17.53 juta atau 3.47%.


Selain memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi Negeri Kedah, Bajet 2010 turut menekankan terhadap pembangunan dan kesejahtera rakyat secara komited. Perkara-perkara penting yang diberi penekanan dalam sesi ucapan Bajet 2010 adalah seperti :

* Usaha memperkasakan Maktab Mahmud sebagai Institusi pelajaran milik kerajaan negeri di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang merupakan lambang kebanggaan negeri sejak zaman berzaman akan diteruskan.

* Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar untuk menukar pinjaman kepada biasiswa.

* Kerajaan Negeri berusaha membentuk golongan remaja yang memiliki pengetahuan, berperibadi mulia dan berakhlak unggul selaras dengan adab dan tatasusila masyarakat Malaysia. Selaras dengan hasrat ini, Kerajaan Negeri akan menganjurkan kem Bina Sahsiah di kalangan pelajar sekolah menengah pada setiap cuti akhir tahun. Selain itu Kerajaan Negeri memohon kerjasama jabatan-jabatan yang terlibat membantu membenteras kegiatan yang kurang sihat seperti berikut:

•Pihak berkuasa tempatan memperketatkan proses pengeluaran lesen premis perniagaan yang berunsur negatif.
•Polis memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan pusat-pusat hiburan.
•Jabatan Agama Islam memperkasakan aktiviti pencegahan maksiat.
•Kerajaan Negeri berharap agar pihak Pemaju Perumahan Negeri Kedah supaya membina lebih banyak rumah untuk keperluan penduduk Kedah, bukannya membina rumah berharga tinggi untuk mencari keuntungan semata-mata.

•Bagi membela keluarga termiskin yang memerlukan bantuan rumah, Kerajaan melaksanakan program membina rumah untuk keluarga termiskin mulai akhir tahun 2009.

•Kepada Insan yang kurang upaya dan yang memerlukan bantuan, Kerajaan memperuntukkan bantuan sara hidup sebanyak RM13.575 juta atau tambahan sebanyak RM975 ribu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
•Mulai tahun 2010, satu program baru yang dikenali sebagai Skim Kifalah Kedah akan dilancarkan. Menerusi skim ini, Kerajaan memberi sumbangan sebanyak RM500.00 bagi pengurusan jenazah seorang warga emas di dalam kategori termiskin tanpa mengira agama atau kaum. Langkah ini dibuat bagi meringankan beban keluarga yang termiskin. Kerajaan Negeri sedang merangka mekanisma penyaluran bantuan kepada pihak yang terlibat. Polisi ini menepati dengan ajaran Islam dimana digalakkan kita membantu setiap insan yang tidak berupaya.
•Maksud Hadis 1:
"Allah S.W T. akan menolong hamba-Nya sebagaimana hamba-Nya itu sentiasa menolong saudaranya"
•Maksud Hadis 2:
"Kasihilah kamu setiap makhluk yang berada di muka bumi nescaya aku akan dikasihi setiap yang berada di langit"

•Maksud Hadis 3:
"Barangsiapa yang tidak mengasihi orang nescaya dia tidak akan dikasihi oleh orang lain"
* Kedah merupakan negeri yang pertama menandatangani perjanjian dengan syarikat pengurusan kutipan sampah dan pelupusan sisa pepejal.

Perkara ini merupakan antara beberapa perkara penting yang digariskan oleh Y.A.B Menteri Besar Kedah ketika sesi Ucapan bajet 2010 yang dibentangkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.

*Bagi mendapatkan Ucapan Bajet 2010, sila layari laman web Kedah Sejahtera di

http://www.kedahsejahtera.com.my
Kedah Communication & Events Sdn. Bhd. (KCE)

Wednesday, November 11, 2009

Sistem Kewangan Islam Sebagai Alternatif 'Wajib'.


Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam sesi pembukaan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) Keenam yakni, sektor kewangan Islam tidak hanya penting kepada Malaysia, malah menjadi elemen strategik pemulihan ekonomi global daripada krisis kewangan yang menggugat institusi perbankan antarabangsa. Perdana Menteri berkata dengan kerugian besar yang ditanggung institusi perbankan konvensional, perkembangan pesat sektor perbankan Islam kini menarik perhatian global.

Saya ingin mengaitkan ungkapan Perdana Menteri tersebut dengan kertas kerja yang dibentangkan di dalam Seminar Ekonomi Alternatif, anjuran Akademi Sains Islam Malaysia(ASASI) pada 23 Mei 2009, di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Kerugian yang berlaku terutamanya di Amerika dan Eropah yang kini sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi akibat sistem kapitalis yang diamalkan dengan menggunakan berbilion duit rakyat masing-masing.

Namun, kaedah tersebut tetap tidak memberi hasil yang positif kerana masih berlaku ketempangan. Hal ini kerana, bank-bank, syarikat-syarikat gergasi telah muflis , rakyat hilang pekerjaan dan kemiskinan berleluasa hingga menyebabkan jurang kekayaan dan kemiskinan kian jauh.

Penyelesaian kepada krisis kapitalisma ini bukanlah dengan memperbaiki sistem ini, tetapi perlu meninggalkan sistem ini dan mencari alternatif baru iaitu satu sistem ekonomi terancang yang bukan berasaskan keuntungan semata-mata. Bagi penulis, sistem ekonomi yang ideal ialah sistem yang berasaskan kebajikan yang mementingkan maslahat umum berbanding keuntungan satu-satu pihak.

Menurut Prof. Shaharir Mohamad Zain, sekumpulan penyelidik di Austria menyatakan bahawa adanya ahli-ahli ekonomi Barat yang semakin memfokuskan penyelidikan ekonominya kepada isu kebahagiaan bermula sejak 10 tahun lalu. Maka, tidak hairanlah Economics Journal keluaran 1997 memuatkan isu ini sebagai suatu isu kontroversi, dan majalah Economists 2006 menyatakan, baru sekarang ahli ekonomi bertemu dengan perkara yang sepatutnya mereka kejari sejak dahulu lagi iaitu kebahagiaan.

Untuk mencapai kebajikan dari aspek ekonomi, suatu usaha yang mementingkan maslahat umum demi mewujudkan kebahagiaan yang sejati, perlu difikirkan beberapa penyelesaian yang releven. Antara idea penyelesaian yang perlu dilaksanakan secara bersistem ialah mengesyorkan supaya pemimpin dunia kembali kepada Dinar Emas, bagi meletakkan struktur kewangan global berpaksikan emas dan perak untuk menangani ketidaktentuan nilai mata wang dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.

Sebagai alternatif kepada sistem ekonomi konvensional seperti kapitalis, suatu sistem tanpa riba perlu diaplikasikan segera. Menurut Dr Yahia Abdul-Rahman, pengasas American Finance House menyatakan bahawa, perundangan kewangan Islam adalah berasaskan bimetallic yakni sistem dwi-logam (emas dan perak). Sistem ini menggunakan emas dan perak yang memiliki ciri tidak boleh cetak rompak, nilai yang stabil tanpa inflasi. Jadi, masalah yang berlaku kepada ekonomi yang berasaskan wang cetak tersebut yang memudahkan manipulasi tidak akan berlaku.



Bagi menjayakan usaha tersebut secara lebih utuh, ia perlu dilaksanakan secara konsensus dan kolektif dengan negara-negara yang lain. Masyarakat yang berhati mulia ialah masyarakat yang tidak mementingkan diri semata-mata. Jadi, kebaikan yang akan dicapai melalui sistem ekonomi ideal ini perlu dikongsi dan disepakati dengan negara-negara yang lain, paling kurang pun sesama negara Asia Tenggara atau negara-negara Asia atau negara-negara OIC.

Sebagai perbandingan, dalam makalah yang dibentangkan di International Seminar, Indonesia-Malaysia on the Role and Harmonization of Economics and Business Disciplines in Global Competitiveness, dinyatakan bahawa kejayaan bentuk kerjasama negara-negara maju dengan mudah dapat kita lihat dari pembentukan Negara Kesatuan Eropah dengan matawang tunggalnya iaitu Euro, Pertubuhan Ekonorni Asia-Pasifik (Asia-Pasific Economic Cooperation, APEC), Pertubuhan Perdagangan Bebas Atlantik Utara (North Atlantic Free-Trade Association, NAFT A),dan pelbagai bentuk kawasan perdagangan bebas (free trade areas) antara negara maju lainnya.

Dalam Journal of Economic Cooperation among Islamic Countries. Vol. 21, setidak-tidaknya, ada 18 bentuk kerjasama yang membabitkan dunia Islam sekarang. Jadi, ia boleh dijadikan inisiatif awal jika dilakukan perbincangan konstruktif berhubung dengan ekonomi tanpa inflasi, manipulasi, riba dan seumpamanya. Namun, diakui ia bukan semudah idea dalam penulisan. Jadi, pada peringkat Malaysia, ia perlu dilakukan dengan melakukan pendedahan kepada umum tentang kelebihan dan kepentingan ekonomi Islam seperti menggunakan Dinar Emas.

Beberapa usaha menarik telah dilakukan dan patut dicontohi seperti idea Tun Mahathir tentang keperluan Dinar Emas tidak lama dulu, penubuhan akaun-akaun bank berasaskan dinar emas sebagai usaha awal dan galakan kerajaan Kelantan terhadap penggunaan Dinar Emas untuk bayaran mas kahwin dan seumpamanya.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengatakan pada ogos lalu, penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu dikaji kembali. Ia pasti membantu sektor kewangan Islam kini yang merupakan pilihan wajib untuk memulihkan ekonomi global. Jadi, sudah pasti perkembangan ini akan lebih menarik perhatian global persis ungkapan Perdana Menteri sebelum ini.

Artikel ini juga disiarkan di dalam akhbar online Mstar

Tuesday, November 3, 2009

Karya Klasik dan Sains Moden: Benarkah Karya Klasik Dianggap Karya Jumud?

Assalamualaikum, dah sebulan tak update blog, mungkin ingin 'warm up' sikit, mulakan dulu dengan pendedahan buku menarik tentang kehebatan ilmuwan dahulu yang pernah meletakkan Asia Tenggara di mata dunia



Judul: Nafas Baru Hikmah al-Isyraqi: Dari Estetika Menuju Fizika
Penulis: Mohd Zaidi Abdullah
Penerbit: Kurnia Ilham, Kompleks PKNS, Shah Alam
Tebal: 336 halaman

Penyelidikan tentang karya-karya silam semakin meningkat di peringkat antarabangsa termasuk di kalangan cendekiawan non-Muslim sendiri seperti yang dilakukan oleh pakar sains, Stephen Hawking, yang menyunting karya-karya klasik ke dalam sebuah buku. Mungkin kajian karya klasik dilihat akan mengilhamkan pemikiran sains terkini. Seiring dengan senario semasa ini, Mohd Zaidi Abdullah telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Nafas Baru Hikmah al-Isyraqi: Dari Estetika Menuju Fizika.

Dalam buku ini, beliau telah berjaya menggunakan karya-karya yang digunakan dalam sistem pengajian pemikiran Islam di Asia Tenggara yang mana seperti kita maklumi bahawa, dalam sistem pengajian Islam Asia Tenggara banyak ilmu ini disumbangkan oleh sistem pengajian di Tanah Haram terutama Mekah.

Sebelum buku ini diterbitkan, saya sendiri telah mendengar penulisnya menyampaikan syarahan bertajuk Falsafah Sains Mengikut Tradisi al-Hikmah anjuran Pusat Sains Nuklear dan Akademi Sains Islam Malaysia. Syarahan itu merupakan saringan yang bersifat sains daripada buku ini.

Sentuhan penting karya ini adalah tentang `cahaya yang mencerahkan’ apa jua situasi sama ada secara simbolik atau nyata. Oleh kerana pernah menghasilkan tesis berjudul Konsep An-Nur: Suatu Kajian Pemikiran al-Ghazali dan Sains Moden, saya berpendapat pengembangan idea cahaya oleh Mohd Zaidi seakan selari dengan pengkajian yang telah saya lakukan. Sains dan teknologi kini banyak disumbangkan oleh kajian tentang cahaya seperti kajian optik, laser, teori kuantum dan sebagainya.

Kajian tentang teori kuantum misalnya, adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji kerana ia melibatkan kajian berkenaan sifat-sifat cahaya dan fenomena-fenomena yang berkaitan dengan cahaya itu sendiri.

Nafas Baru Hikmah al-Isyraqi juga memfokuskan kajian tentang falsafah-hikmah yang berasaskan epistemologi dan dengannya, terhasil satu paradigma hierarki hikmah yang digabungkan daripada falsafah teori dan falsafah amali.

Falsafah dalam karya ini telah diistilahkan semula oleh penulisnya menjadi Hikmah. Hikmah menurut pengalaman keilmuan tamadun Islam ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang perkara wujud. Jadi, para pembaca mesti meneliti betul-betul isi kandungannya.

Dalam hierarki hikmahnya yang paling abstrak dan murni yakni yang semakin tidak berbahan maka itulah hikmah pertama atau utama (hikmah ula).

Alam matematik dan geometri pula mengisi kebijaksanaan pertengahan (hikmah wusta). Di bawahnya pula, terisi kajian tentang bahan dan alam yang disebut kebijaksanaan rendah (hikmah asfal). Kelas-kelas ini meliputi juga sub-sub bidangnya yang luas tetapi keluasan skopnya masih berada dalam induk Hikmah al-Isyraqi.

Buku ini juga menampilkan kajian sistem maqulat serta kaitannya dengan induk al-hikmah dan pengalaman pengajiannya di Nusantara buat pertama kali dalam bahasa kebangsaan.

Sistem maqulat adalah predikat kelas tertinggi bagi sesuatu yang berada dalam keadaan kemungkinan (mumkin al-maujud). Di Barat, Max Planck (penerima Hadiah Nobel Fizik 1918) membahagikan pemikiran sains kepada tiga, (1) dunia fakta, (2) dunia yang ditanggapi pancaindera dan (3) dunia model dan idea. Dua perkembangan ini harus dinilai semula bagi mendapatkan suatu sintesis baru dalam pembinaan medan sains Islam.

Bagi penulis, buku ini memaparkan bentuk pemikiran saintifik yang dialami oleh ulama Melayu serta mewariskannya secara turun temurun. Dengan penulisannya dalam bahasa Melayu dijangka akan meningkatkan lagi martabat bahasa kerana berjaya mengungkap satu bentuk pemikiran al-hikmah yang rumit.

Secara tidak langsung, kita masih memiliki jati diri sendiri dalam masyarakat yang sedang dihidangkan dengan falsafah, sains dan teknologi Barat. Keberadaan pemikiran yang terkandung dalam buku ini dapat memposisikan diri kita ketika berhadapan dengan arus globalisasi. Kerana keistimewaan serta potensi buku ini, Prof. Emeritus Osman Bakar dan Prof. Madya Shahidan Radiman sudi menulis kata pengantar.

Sumber: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)

Friday, October 9, 2009

Pas Hanya Perlukan 80% Undi Bukan Melayu dan 26 % Undi Melayu Bagan Pinang


Assalamualaikum...

1) Berapa jumlah sebenar pengundi berdaftar pd 2004, 2008 dan 2009?

Tahun 2004: 11,205

Tahun 2008:
14,192

Tahun 2009: 13,664

2) Berapa peratus keluar mengundi pd 2004 dan 2008? Agaknya 2009 berapa?

Tahun 2004: 8341 (74.44%)

Tahun 2008: 11579 (81.59%)

Tahun 2009:
Katakan 80%, maka ia berjumlah 10,931 pengundi

3) Berapa peratusan undi cina, india dan melayu pada tahun 2004, 2008 dan 2009?

Tahun 2004:
Tak pasti

Tahun 2008: M 66% (9,367) , I 19.9% (2,824), C 10.5% (1,490), lain-lain 3.5% (497)

Tahun 2009:
Melayu 62.77% (8,577), India 20.74% (2,834), Cina 10.96% (1,498), lain-lain 5.54% (755)

4) Berapa undi pos dan undi pemilih biasa?

Tahun 2004: Tak pasti.

Tahun 2008:
9001 (63%) biasa dan 5,191 (37%) pos.

Tahun 2009: 9,060 (66%) pemilih biasa dan 4,604 (34%) pemilih pos.

5) Berapa peratus atau jumlah undi india, cina dan melayu yang undi pas pd 2004 dan 2008? Jangkaan 2009 pula?


Tahun 2004: Waktu ni undi bukan melayu lebih kepada BN, jadi BN menang besar. Pas hanya dapat 1,556 undi sahaja. Jadi, jumlah sekitar itu dianggap undi total undi Melayu (undi asas atau lebih kurang undi ‘totok’ la). Undi bukan Melayu sudah pasti bawah 50%, yakni mungkin sekitar 10-30%, wAllahua’lam.

Tahun 2008: Pas dapat 4097 undi keseluruhan. Menurut Dr Wan Abdul Rahman yang juga bekas pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pas mendapat sekitar lebih 80 peratus (sekitar 2259) undi India dan sekitar 65 peratus (sekitar 969) undi Cina dan hanya sekitar 10-15 peratus (sekitar 869) undi Melayu. Bagi penulis, peratusan tepat mungkin sekitar 9.2% Melayu, jadi tak lari jauh.

Andaikan undi total Melayu Pas ialah sekitar 869 maka undi bukan melayu ialah 3228 (67%) daripada keseluruhan pengundi bukan Melayu. Maka, sekitar 70% pengundi bukan melayu telah undi Pas.

Jangkaan tahun 2009:
Undi India kelihatan kekal 80%, Cina pula pada tahun 2004 hanya 65%, dijangka akan meningkat kepada 80% juga. Undi Melayu barangkali sukar berubah, sekitar 10 % juga. Tetapi tidak mustahil akan meningkat berdasarkan isu penipuan undi pos yang kian terdedah, calon rasuah, sabotaj team MB N9 dan petugas Pas ditetak yang akan tarik simpati pengundi Melayu atas pagar. Jika tak, Pas sukar menang.



6) Jika 80% india dan cina keluar mengundi, maka berapa jumlah 80% daripada kedua-duanya jika mereka undi Pas?

Undi bukan Melayu ialah 5087. Jika peratus keluar mengundi 80% iaitu 4070, maka 80% daripadanya ialah 3256 (1814 India, 958 Cina dan 483 kaum lain).

7) Berapa % minima melayu diperlukan utk Pas menang?

Jika peratus mengundi ialah 80% iaitu 10931, maka Pas hanya perlu capai jumlah minima undi berjumlah 5466, iaitu majoriti 1 undi kerana BN dapat 5465. Maka Pas memerlukan sekurang-kurangnya 2210 (26%) undi daripada 8,577 undi Melayu. Jika kurang 1 daripadanya, maka Pas akan kalah.

Jadi, peratus minima undi Melayu yang diperlukan ialah 26%, jika 80% undi bukan Melayu mengundi Pas.

8) Berapa undi pos yg diperolehi Pas pada 2008?


Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum pada Mac 2008 di DUN Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 , telah dibantu oleh undi pos apabila mereka berjaya memperolehi 3080 (59%) daripada 5,191 undi pos, manakala PAS hanya memperolehi 1189 (23%) undi sahaja .

9) Berapa undi pos minima diperlukan utk Pas menang?


Terdapat 4,604 pemilih pos Majoriti pengundi pos ialah Melayu, maka andainya 98% Melayu, maka ia berjumlah sekitar 4512 pengundi Melayu pos. Maka, baki undi Melayu pengundi biasa ialah sekitar 4065. Pas memerlukan sekurang-kurangnya 2210 undi Melayu.

Andainya, Pas dapat 1000 undi (sekitar 25%) daripada pengundi Melayu biasa (4065), Maka, Pas sudah cukup untuk dapat sekitar 1210 undi (26%) Melayu pos sahaja. Pada 2008, Pas dapat 1189 (23%) undi, jadi Pas perlu tambah 21 undi saja lagi undi pos.

10) Jadi, berapa undi minima dgn majority 1 undi diperlukan Pas?

Jika peratus mengundi ialah 80% iaitu 10931, maka Pas hanya perlu capai jumlah minima undi berjumlah 5466, iaitu majoriti 1 undi kerana BN dapat 5465.

11) Jadi, berapa tambahan undi diperlukan untuk dpt majority 1 undi tersebut?

Pada tahun 2008, Pas dapat 4097. Maka, untuk mencapai 5466, Pas perlu tambah paling kurang 1369 undi lagi untuk menang majoriti 1 undi. Ini tidak termasuk undi rosak. Jika ditolak undi rosak, Pas mungkin hanya perlukan kurang 1369 undi.

KESIMPULAN PENTING:

*Fakta tambahan: Pada tahun 2009, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita.

1) Pas memerlukan sokongan 80% undi bukan Melayu dan paling kurang 26% undi Melayu untuk memenangi pilihanraya kecil dengan majoriti 1 undi.

2) Sapa yg rasa duk sokong Pas tu, jgn la duk baca analisis ja. Ini sekadar pandangan analisis yang mungkin salah. Jadi, buat la lebih skit mcm doa ka, solat hajat ka, support wang ka, kempen ka dll….Moga rakyat Bagan Pinang menyerahkan amanah ‘memimpin kawasan Bagan Pinang’ kepada yang ahlinya (yang layak memimpin).

WAllahua'lam.

Saturday, October 3, 2009

Kedah Sejahtera: Dakwah Tadrijiyyah fi Kedah...



BALING – Peniaga pasar malam seluruh daerah ini dikehendaki menutup operasi perniagaan mereka selama 15 minit apabila masuk waktu bagi solat Maghrib untuk menghormati waktu tersebut.

Yang Dipertua Majlis Daerah Baling (MDB), Ahmad Fisol Md Nor berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai bulan ini dan sebarang peniaga pada waktu tersebut adalah tidak dibenarkan.

Menurutnya, pemantauan akan dilakukan supaya tiada peniaga yang berniaga pada waktu tersebut dan selepas 15minit kemudian, peniaga boleh meneruskan perniagaan seperi sedia kala.

“Pihak MDB akan mengedarkan borang notis kepada semua peniaga pasar malam mulai esok (3 Oktober) supaya peniaga dapat bekerjasama untuk tidak berniaga pada waktu tersebut.

“Seminggu selepas notis diberikan, ia akan terus dikuatkuasakan dan segala pemantauan akan dilakukan bagi memastikan semua peniaga dapat menutup perniagaan seketika pada waktu maghrib,” katanya kepada Sinar Harian di Majlis Rumah Terbuka di perkarangan pejabat daerah Baling.

Beliau berharap semua peniaga dapat memberikan kerjasama supaya arahan yang dilakukan ini bukan untuk merugikan tetapi untuk memudahkan peniaga dan juga pembeli untuk menunaikan solat.

Antara lokasi pasar malam yang terlibat iaitu Pekan Baru Baling, Pekan Baru Kuala Ketil, Pekan Parit Panjang, Pekan Kuala Pegang, Kampung Jerai, Pekan Tawar, Kampung Bandar, Pekan Baru Kupang dan Pekan Baru Kampung Lalang.

Penulis: Mudah-mudahan ia jadi antara permulaan inisiatif dakwah yang berterusan serta jadi contoh dan ikutan yang baik. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa yang mencontohkan dalam Islam sunnah yang baik, maka bagi dia pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya. Barangsiapa yang mencontohkan sunnah yang buruk, maka atasnya dosa dan dosa orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim)

Sunday, September 13, 2009

Sheikh Yusuf al-Qardawi: Ulama Awam Lebih Bahaya Daripada Ulama Kerajaan...


فقهاء العوام أخطر من الفقهاء الذين يرضون السلطان؛ لأن من يحاولون إرضاء السلطان مكشوفون ومعروفون، وبالتالي فإن تأثيرهم محدود، خلافا لمن يتطلعون لإرضاء الناس؛ حيث يصعب كشفهم فينتشر الفساد بفعل فتاواهم وآرائهم المدمرة..".

Ulama Awam (ulama yang disukai orang awam) lebih bahaya daripada Ulama Kerajaan (ulama yang ikut hawa nafsu kerjaan) kerana apa yang dilakukan oleh Ulama Kerajaan tersebut akan diketahui dan akan terdedah juga. Jadi pengaruh mereka akan tersekat. Ini berbeza dgn Ulama Awam yg menginginkan reda manusia melalui pendapat-pendapat mereka yg sukar dikesan dan kesalahan fatwa yg dilakukan mereka akan tersebar.

هكذا قرر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي في الحلقة الأسبوعية من برنامج "مدارك" بقناة "أنا" الفضائية، والتي أذيعت الخميس 30/7/2009.

Ini dinyatakan oleh Sheikh Yusuf al-Qardawi dalam siaran mingguan yang popular iaitu channel "saya" yang ditayangkan pada 30 Julai 2009.

وشدد القرضاوي على خطورة هذا النوع من الفقهاء والمفتين الذين يتهيبون الجماهير فيفتون تبعا لأهوائهم، محذرا في الوقت نفسه من علاقة الفقيه والمفتي بالحاكم، رافضا أن يقوم المفتي بـ"إنتاج الفتاوى مجاملة للسلطان، ومحاولة لإرضاء هوى الدولة"!.

Beliau menegaskan bahawa bahaya itu merujuk kepada pendapat Ulama Awam yg beri pendapat mengikut nafsu mereka. Pada masa yg sama, beliau juga mengingatkan tentang bahaya Ulama Kerajaan yg berfatwa mengikut hawa nafsu kerajaan pemerintah.

الحلقة التي دار موضوعها حول الاجتهاد وضرورته لتجديد الفقه الإسلامي أوضح فيها القرضاوي أن "الاجتهاد هو الطريق إلى تجديد الشريعة الإسلامية وتهيئتها حتى تحل مشاكل الناس في كل مكان وفي أي زمان".

Siaran tersebut sebenarnya berkisar tentang ijtihad dan kepentingannya untuk tajdid fiqh Islam. Beliau menjelaskan bahawa ijtihad merupakan jalan ke arah tajdid Syariah Islam untuk menyelesaikan masalah masyarakat pada setiap tempat dan masa.

ولفت إلى أن "عصرنا اليوم أحوج ما يكون إلى الاجتهاد، خلاف العصور السابقة التي كانت الكتب فيها تكفي الناس لحل مشاكلهم نظرا لرتابة الحياة حينها، وخلوها من التعقيدات المعاصرة.

Berhubung dengan zaman sekarang ini, ia sudah pasti lebih memerlukan kepada ijtihad tersebut kerana ijtihad-ijtihad terdahulu adalah untuk menyelesaikan masalah ketika itu yang sudah pasti tidak sama dgn masalah pada zaman ini.

ونبه رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين على حتمية التجديد والاجتهاد، مشيرا إلى مخالفة أصحاب أبي حنيفة له في أكثر من ثلث مذهبه وهم الذين جاءوا بعده بـ30 سنة، فكيف لأكثر من 14 قرنا، تغير فيهم وجه العالم بفعل الثورات العلمية والتقدم التكنولوجي الكبير؟!


Beliau juga yang merupakan Ketua Persatuan Ulama Dunia mengingatkan bahawa tajdid dan ijtihad dianggap sangat perlu. Keperluan itu dilihat sebagaimana ijtihad yg dilakukan ulama Hanafiyyah yang berbeza dgn pengasas mazhab tersebut iaitu Imam Hanafi meskipun jaraj masa mereka baru saja 30 tahun. Apatah lagi kita sekarang yang berjarak masa 14 kurun dan dipenuhi dgn pelbagai teknologi.



ووضع القرضاوي بعض الشروط العلمية والخلقية والدينية التي يرى وجوب توافرها في المجتهد مثل: التأهيل العلمي العالي، والمعرفة الكافية بالكتاب والسنة والفقه، والإلمام بالمسائل التي اختلف فيها الفقهاء، والقدرة على تمثل الواقع وتحقيق مقاصد الشريعة.

Dalam berijtihad, beliau meletakkan beberapa syarat, antaranya ialah:
a) Capai darjat ilmu yang tinggi.
b) Fahami secara mendalam terhadap al-Quran, Hadis dan fekah.
c) Memahami permasalahan perkara khilafiyyah di kalangan para ulama.
d) Mengetahui permasalahan terkini dan maqasid syariah.


Kesimpulan:
1) Ulama Kerajaan memang agak bahaya kerana kekadang pendapat mereka adalah untuk menepati kehendak hawa nafsu kerajaan.
2) Pada masa yg sama, Ulama Awam juga bahaya kerana masyarakat yang bencikan Ulama Kerajaan sudah pasti akan menerima pendapat Ulama Awam itu, meskipun ulama tersebut menggunakan nafsu.
3) Masyarakat perlu berhati-hati ketika meminta pendapat dari Ulama Awam di samping berhati-hati dengan Ulama Kerajaan.
4) Ijtihad sangat penting pada zaman moden kerana ia sudah pasti berbeza permasalahannya berbanding zaman ulama terdahulu.
5) Namun, ijtihad memerlukan syarat-syarat tertentu seperti disebut di atas.

Rujukan: lihat teks asal

Wednesday, September 2, 2009

Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani: Maksud Ungkapan Saidina 'Umar "Sebaik-Baik Bid'ah Adalah Ini" Ialah...

Makam Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat dan maghfirah (keampunan). Sesiapa yang berpuasa dan menghidupkan ibadah di dalam bulan Ramadhan, akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. Dengan syarat iaitu penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah S.W.T. Di samping perlu bertaubat nasuha di atas dosa-dosa yg besar.

Antara amalan yg dilakukan di dalam bulan Ramadhan adalah solat Terawih. Saidina 'Umar pernah menggesa masyarakat di zamannya mendirikan solat tersebut secara berjemaah dgn mengatakan: "Ia terlebih afdal". Berjemaah dgn satu Imam lebih baik berbanding berjemaah secara kelompok-kelompok dan secara sendiri-sendiri.

Menurut riwayat Imam al-Bukhari:

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ
خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ

Bermaksud:
"Daripada Abdul Rahman bin Abdul Qari, bahawasanya dia berkata” Pada satu malam bulan Ramadhan, aku keluar ke masjid bersama Saidina Umar Ibni Al Khatab. Didapati bahawa ramai orang yang mengerjakan solat (terawih) secara berasingan dan ada yang mengerjakan solat secara berjamaah dalam satu imam dengan berkelompok-kelompok”. Maka Saidina Umar berkata” Aku berpendapat, sekiranya aku himpunkan mereka mengerjakan solat dengan satu imam, sesungguhnya ia adalah terlebih afdal ”Kemudian Saidina Umar berazam dan menghimpunkan mereka itu bersolat di belakang Ubai bin Kaab. Kemudian pada satu malam yang lain, aku keluar bersama Saidina Umar ke masjid dan kami melihat orang ramai mengerjakan solat (tarawih) secara berimam kepada seorang imam(Ubai bin Kaab). Lalu Saidina Umar berkata”sebaik-baik Bid’ah adalah ini”." (Sohih Al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih, Bab Man Qama Ramadhan, hadis nombor 1871)

Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari Sharah Kitab Sohih al-Bukhari, yg menjelaskan ungkapan "sebaik-baik bid'ah adalah ini (solat terawih secara berjemaah)" seperti berikut:

وَالْبِدْعَة أَصْلُهَا مَا أُحْدِثَ عَلَى غَيْر مِثَالٍ سَابِقٍ ، وَتُطْلَقُ فِي الشَّرْع فِي مُقَابِلِ السُّنَّةِ فَتَكُونُ مَذْمُومَةً ، وَالتَّحْقِيقُ أَنَّهَا إِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْت مُسْتَحْسِنٍ فِي الشَّرْعِ فَهِيَ حَسَنَةٌ وَإِنْ كَانَ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَقْبَحٍ فِي الشَّرْعِ فَهِيَ مُسْتَقْبَحَةٌ وَإِلَّا فَهِيَ مِنْ قِسْمِ الْمُبَاحِ وَقَدْ تَنْقَسِمُ إِلَى الْأَحْكَامِ الْخَمْسَةِ .


"Bid'ah pada asalnya ialah perkara baru yang diadakan tanpa terdapat contoh sebelumnya. Pada aspek syarak, secara umumnya ia adalah bertentangan dengan sunnah, maka ia dicela. Untuk penjelasannya, jika bid'ah yang dilakukan itu termasuk dalam perkara yang dilihat baik pada syarak, maka ia adalah baik. Jika ia termasuk dalam perkara yang dilihat buruk, maka ia adalah buruk. Jika tidak termasuk di dalam kedua-duanya (yakni baik dan buruk), maka ia termasuk di dalam perkara yang diharuskan. Kadang-kadang ia terbahagi kepada hukum syarak yang lima (yakni wajib, haram, sunat, makruh dan harus)"


Terdapat pelbagai pendapat tentang pengertian bid'ah. Kadang-kadang hingga menimbulkan cacian dan perpecahan...Na'uzubiLlah. Sedangkan biarkanlah perbezaan tersebut tanpa ada cacian dan pertelingkahan, tentu ia lebih molek. Ini sekadar masalah khilafiyyah, bukan kufur diniyyah.

Menurut Imam Nawawi di dalam kitabnya Sharah Sohih Muslim, yg menjelaskan hadis:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَام سُنَّة حَسَنَة فَلَهُ أَجْرهَا
Bermaksud:
Sesiapa yg membuat sunnah yg baik di dalam Islam, maka baginya pahala. (Sohih Muslim, Kitab al-Zakah, Bab al-Hassu 'ala al-Sodaqah..., Hadis nombor 1691)

Imam Nawawi menjelaskan hadis ini seperti berikut:

وَفِي هَذَا الْحَدِيث تَخْصِيص قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كُلّ مُحْدَثَة بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَة ضَلَالَة " ، وَأَنَّ الْمُرَاد بِهِ الْمُحْدَثَات الْبَاطِلَة وَالْبِدَع الْمَذْمُومَة ، وَقَدْ سَبَقَ بَيَان هَذَا فِي كِتَاب صَلَاة الْجُمُعَة ، وَذَكَرْنَا هُنَاكَ أَنَّ الْبِدَع خَمْسَة أَقْسَام : وَاجِبَة وَمَنْدُوبَة وَمُحَرَّمَة وَمَكْرُوهَة وَمُبَاحَة .

Bermaksud:
"Di dalam hadis ini terdapat fungsi 'mengtakhsiskan (mengkhususkan keumuman)' hadis yg lain iaitu (hadis yg bermaksud): "Setiap perkara baru yg diadakan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat". Maka (setelah ditakhsiskan), maksud (sebenarnya) ialah (semua) bid'ah yg batil dan (semua) bid'ah yg dikeji. Penjelasan ini juga boleh didapati dalam tajuk Solat Jumشat (dalam kitab tersebut). Kami juga telah menyebutkan bahawa bid'ah terbahagi kepada 5 bahagian, yakni wajib, sunat, haram, makruh dan harus."

Ini baru satu perbezaan dlm bab bid'ah, ada byk lg perbezaan. Adakah semua itu juga akan timbulkan cacian dan makian? Wal 'iyaz biLlah.

Kesimpulan:
1) Bulan Ramadhan perlu dihidupkan dgn amalan ibadah dgn penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah S.W.T.
2) Setiap amalan ibadah yg dianjurkan nabi s.a.w ditafsirkan oleh para ulama dengan pelbagai pendapat sehingga ia menjadi perkara khilaf yg asalnya baik. Tapi terdapat salah faham hingga menimbulkan cacian dan makian. Na'uzubiLlah.
3) Bid'ah terbahagi kepada 5 hukum yakni wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Terdapat pndapat lain yg kata setiap bid'ah adalah haram dan tiada pembahagian itu. Perbezaan ini perlu dihadapi dgn penuh adab dan lapang dada agar tiada cacian dan makian sesama sendiri.
4) Beribadah Ramadhan perlu diberi fokus berbanding cacian dan makian yg hanya berdasarkan kepada perkara khilaf dan furu' (cabang agama)

Rujukan:
1) Ibn Hajar al-'Asqalani, (t.t.), Fath al-Bari, juz. 6, CD Maktabah Shamilah, edisi 2, h. 292.
2) Imam al-Nawawi, (t.t.), Sharah Sohih Muslim, juz. 3, CD Maktabah Shamilah, edisi 2, h. 461.
3) Rujukan tambahan tentang masalah bid'ah ini, rujuk Majlis Fatwa Mesir

Sunday, August 30, 2009

Sheikh Muhammad Qutb: Salah Faham Terhadap Keadilan Hukum Jenayah Dalam Islam



Kes Kartika memang menguji Undang-undang Syariah di Malaysia. Pelbagai pihak memberi komentar dalam hal tersebut, hingga terdapat pendapat-pendapat mereka yang ganjil berhubung penyelesaian yg dicadangkan. Penulis mengira, pendapat-pendapat ganjil tersebut berpunca tidak lain kecuali mereka tidak faham terhadap keadilan Hukum Jenayah dalam Islam.

Namun, sebelum itu, perlu difahami bahawa, hukuman yg dijatuhkan di Pahang itu memang bukan berdasarkan Hukum Islam. Ia disebabkan pelbagai faktor, antaranya Malaysia belum bersedia ke arah perlaksanaannya, sikap sebahagian pemimpin yg curiga dan memandang rendah kepada Hukum Islam dan salah faham terhadapnya hingga menganggapnya kolot.

Sheikh Muhammad Qutb telah menjelaskan salah faham seperti ini di dalam kitabnya. Beliau juga menjelaskan tentang sistem Islam yg sebenar. Menurutnya, sikap Islam di dalam hukuman-hukuman terhadap kesalahan-kesalahan ialah:

1)Melindungi syara’ dan segala perkara yg mendorong ke arah perlakuan jenayah.

2)Menggantungkan perlaksanaan hukum apabila terdapat keraguan demi langkah waspada.

Jadi, manakah satu sistem yang seadil jika dibandingkan dgn sistem Islam ini?

Oleh kerana orang-orang Eropah tidak mempelajari hakikat-hakikat konsep jenayah dan
hukuman di dalam Islam, maka mereka menganggap hukuman-hukuman yang ditetapkan oleh Islam itu sebagai kejam dan menjatuhkan status manusia. Mereka tersalah anggap bahawa hukuman Islam itu sama seperti hukuman sivil mereka yang akan dijalani setiap hari.

Akibatnya mereka melihat masyarakat Islam sebagai sebuah gelanggang pembunuhan dan
penyeksaan yang kejam, di mana setiap hari di sana sini dilaksanakan hukuman-hukuman
sebat, potong tangan dan rejam, sedangkan yang sebenarnya hukuman hukuman ini jarang sekali dilaksanakan di dalam masyarakat Islam. Umpamanya hukuman potong tangan hanya dilaksanakan sebanyak enam kali saja dalam masa empat ratus tahun.

(cuba bandingkan dengan kenyataan salah faham seorang pemimpin negara dulu tentang sup tangan kalau buat hudud)...Na'uzubiLllah

Ini adalah satu bukti yang cukup untuk menyedarkan kita bahawa tujuan hukuman-hukuman itu asalnya ialah untuk menakutkan dan mencegah perlakuan jenayah saja. Begitu juga cara Islam bertindak melindungi masyarakat dan pengaruh yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah itu memberi keyakinan penuh kepada kita bahawa perlaksanaan hukuman berat yang jarang dilaksanakan itu adalah dilakukan dengan penuh keadilan.

Tidak ada sebab yang wajar mengapa setengah orang Eropah dan sebagainya (terdapat juga di kalangan umat Islam sendiri) yg rasa khuatir terhadap perlaksanaan hukuman-hukuman Islam itu. Mungkin ada orang berfikir bahawa hukuman-hukuman yang ditetapkan
oleh Islam itu tidak realistik.

Anggapan itu tidak benar kerana hukuman-hukuman itu memang berupaya menakutkan sesetengah orang yang ingin melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar. Biarpun bagaimana kuatnya keinginan mereka untuk melakukan jenayah, namun mereka harus berfikir berkali-kali sebelum melakukan jenayah itu kerana takutkan hukuman yang berat.

Berhubung pentarbiahan, Islam tidak pula akan berpeluk tubuh, sebaliknya akan bertindak sewajarnya untuk mengubati mereka yang cenderung melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar, malah Islam tidak akan membiarkan mereka begitu saja menjadi korban penyelewengan-penyelewengan seperti seks (dan lain-lain).

Inilah konsep hukuman Islam yang sebenar, tetapi malangnya sesetengah intelek dan ahli-ahli perundangan memandang jelek kepada hukuman-hukuman itu kerana semata-mata
takut dicop sebagai undang-undang kolot oleh orang orang Barat. Alangkah baiknya jika
ada orang-orang yang dapat mengajar mereka secara mendalam segala hikmat-hikmat yang
terkandung dalam hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam itu.



Kesimpulan penulis:
1) Keadilan Islam di dalam Undang-undang difahami secara jelas.
2) Undang-undang Islam di Malaysia terutamanya jenayah perlu direformasikan.
3) Perlu diketahui punca-punca salah faham terhadap Islam khususnya dalam aspek perundangan.

Rujukan:
Sheikh Muhammad Qutb dalam bukunya yang bertajuk Salah Faham Terhadap Islam

Thursday, August 20, 2009

Imam Nawawi: Maksud Sebenar Ungkapan Imam Syafie "Hadis Sohih Adalah Mazhabku" ialah...

Makam Imam Nawawi RahimahuLllah Ta'ala

Imam Nawawi telah menjelaskan maksud sebenar tentang ungkapan Imam Syafie iaitu "Hadis Sohih adalah Mazhabku" di dalam kitabnya yakni al-Majmu'. Penjelasannya adalah seperti berikut:

عن الشافعي رحمه الله انه قال إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ودعوا قولى: وروي عنه إذا صح الحديث خلاف قولى فاعملوا بالحديث واتركوا قولى أو قال فهو مذهبي وروى هذا المعنى بالفاظ مختلفة


Imam Syafie berkata: Jika kamu semua mendapati di dalam kitabku ada pendapat yang menyalahi Sunnah Rasulullah S.A.W maka berkatalah (berilah pendapat kamu semua) dengan Sunnah Rasulullah S.A.W dan kamu tinggalkanlah pendapatku.” Diriwayatkan juga Bahawa Imam Syafie berkata: Apabila terdapat hadis sohih yang bercanggah dengan kata-kataku maka beramallah dengan hadis tersebut dan tinggalkanlah pendapatku atau itulah mazhabku. Riwayat ni ada banyak lafaz tapi masih makna yang sama.


وهذا الذى قاله الشافعي ليس معناه ان كل أحد رأى حديثا صحيحا قال هذا مذهب الشافعي وعمل بظاهره: وانما هذا فيمن له رتبة الاجتهاد في المذهب على ما تقدم من صفته أو قريب منه: وشرطه أن يغلب على ظنه أن الشافعي رحمه الله لم يقف على هذا الحديث أو لم يعلم صحته: وهذا انما يكون بعد مطالعة كتب الشافعي كلها ونحوها من كتب أصحابه الآخذين عنه وما أشبهها وهذا شرط صعب قل من ينصف به: وانما اشترطوا ما ذكرنا لان الشافعي رحمه الله ترك العمل بظاهر أحاديث كثيرة رآها وعلمها لكن قام الدليل عنده على طعن فيها أو نسخها أو تخصيصها أو تأويلها أو نحو ذلك

Kata-kata Imam Syafie ini bukanlah bermaksud sesiapa sahaja yang menjumpai hadis sohih maka boleh terus anggap ia mazhab Imam Syafie itu dan beramal secara zahir. Tetapi sebenarnya pendapat Imam Syafie ini ditujukan kepada para ulama yang telah sampai kepada peringkat ijtihad di dalam mazhab seperti yang telah disebut sebelum ini atau hampir-hampir memenuhi syarat ijtihad.

Syarat untuk mereka yang menyangka bahawa Imam Syafie rahimahuLllah tidak berjumpa dengan hadis ini atau tidak mengetahui bahawa hadis ini sohih ialah tidak lain melainkan setelah mengkaji keseluruhan kitab-kitab karangan Imam Syafie, dan yang seumpama dengannya melalui kajian kitab-kitab para ulama Syafi'iyyah yang lain dan yang hampir ke arah itu. Syarat ini agak sukar, hanya sedikit yang mampu menyempurnakan syarat ini.

Sesungguhnya syarat-syarat yg disebut tadi diletakkan sebegitu rupa kerana Imam Syafie tidak beramal dengan hadis tertentu meskipun beliau tahu hadis itu sahih, adalah setelah beliau memberi hujah tentang hadis tersebut pada sudut kritikan, atau sebab hadis itu dinasakhkan atau hadis itu ditakhsiskan atau ditakwil dan seumpamanya.


قال الشيخ أبو عمرو رحمه الله ليس العمل بظاهر ما قاله الشافعي بالهين فليس كل فقيه يسوغ له أن يستقل بالعمل بما يراه حجة من الحديث وفيمن سلك هذا المسلك من الشافعيين من عمل بحديث تركه الشافعي رحمه الله عمدا مع علمه بصحته لمانع اطلع عليه وخفى على غيره كابى الوليد موسى بن ابي الجارود ممن صحب الشافعي قال صح حديث افطر الحاجم والمحجوم فأقول قال الشافعي افطر الحاجم والمحجوم فردوا ذلك على ابى الوليد لان الشافعي تركه مع علمه بصحته لكونه منسوخا عنده وبين الشافعي نسخه واستدل عليه وستراه في كتاب الصيام ان شاء الله تعالى

Menurut Sheikh Abu 'Amru rahimahuLlah:

“Bukanlah semudah itu beramal dengan zahir semata-mata seperti yang disebut oleh Imam Syafie. Bukanlah semua ulama yang Faqih boleh beramal secara terus daripada hadis yang dilihat sebagai hujah baginya. Dan sesiapa yang mengikuti kaedah ini (iaitu kaedah: jika jumpa hadis sohih maka itu mazhabku) di kalangan ulama Syafi'iyyah yang ingin beramal dengan hadis yang ditinggalkan oleh Imam Syafie secara sengaja dan beliau mengetahui bahawa hadis itu sohih dan Imam Syafie tidak beramal adalah kerana beliau tahu sebab-sebabnya yang tidak diketahui oleh orang lain."

Contohnya, Abu al-Walid Musa bin Abu al-Jarud yang merupakan salah seorang sahabat Imam Syafie telah berkata bahawa hadis tentang hukum batal puasa seseorang yang melakukan bekam adalah hadis sohih. Sedangkan sebenarnya Imam Syafie tidak beramal dengan hadis tersebut kerana hadis tersebut telah dimansukhkan dengan hadis yang lain walaupun Imam Syafie tahu taraf kesahihan hadis tersebut. Imam Syafie terangkan perkara ini seperti yang ada di dalam bab puasa.

وقد قدمنا عن ابن خزيمة انه قال لا أعلم سنة لرسول الله صلى الله عليه وسلم في الحلال والحرام لم يودعها الشافعي كتبه وجلالة ابن خزيمة وامامته في الحديث والفقه ومعرفته بنصوص الشافعي بالمحل المعروف: قال الشيخ أبو عمرو فمن وجد من الشافعية حديثا يخالف مذهبه نظرنا كملت آلات الاجتهاد فيه مطلقا: أو في ذلك الباب أو المسألة كان له الاستقلال بالعمل به وان لم يكن وشق عليه مخالفة الحديث بعد ان بحث فلم يجد لمخالفته عنه جوابا شافيا فله العمل به ان كان عمل به امام مستقل غير الشافعي ويكون هذا عذرا له في ترك مذهب امامه هنا


Menurut Ibn Khuzaymah, diakui bahawa Imam Syafie telah menjelaskan secara terperinci tentang halal dan haram. Ibn Khuzaymah merupakan tokoh fekah dan hadis yang terkenal dan beliau mengetahui serba serbi tentang keilmuan Imam Syafie.


Kata Sheikh Abu 'Amru : “ Jika seorang ulama Syafi'iyyah tersebut menjumpai sebuah hadis yang bertentangan dengan mazhab yang dipegangnya, dan kelihatannya mereka telah mencapai peringkat ijtihad atau sangat arif dalam satu-satu bab atau satu-satu permasalahan maka tiadalah masalah baginya untuk beramal dengan hadis tersebut.

Tetapi jika dia masih tidak mampu mencapai tahap ijtihad dan sukar baginya memahami tentang apa yang bercanggah hadis tersebut setelah mengkajinya dan tidak juga mendapati jawapan yang lengkap maka bolehlah baginya beramal dengan hadis tersebut jika terdapat ulama lain yang bertaraf Imam Mujtahid selain Imam Syafie (seperti Imam Hanafi, Maliki dan Hanbali) yang turut beramal dengannya.”


Rujukan:

al-Nawawi, Abu Zakariya Muhyiddin (t.t.), Al-Majmu' Sharh al-Muhazzab, Juz. 1, Dar al-Fikr, CD Maktabah Shamilah, edisi 2, h. 63.
(kalau berkesempatan, penulis akan uploadkan matan kitab bercetak, Insya Allah)

Wednesday, August 19, 2009

Sheikh Nuh Ha Mim Keller Jawab: Benarkah Imam Asy'ari Tinggalkan Aliran Asy'ariyyah?


Soalan yang diajukan kepada Sheikh Nuh Ha Mim Keller*

Question

The Salafis claim that Abul Hasan Ash‘ari formulated the Ash‘ari tenets of Islamic faith (‘aqida) while he was between the Mu‘tazila and Ahl al-Sunna, and that he later refuted his formulations and joined Ahl al-Sunna in the Hanbali madhhab before he died. Is there any truth in this? They say his last book, al-Ibana, contains the refutations. If not, how can I prove it to these people? They also say that he had a second dream in which the Prophet (Allah bless him and give him peace) appeared to him and told him that his Ash‘ari positions were wrong!

Ada golongan yang mendakwa bahawa Sheikh Abu Hasan al-Asy'ari telah mengasaskan Akidah Asy'ariyyah ketika beliau keluar daripada aliran Muktazilah. Kemudian beliau bertaubat dan memasuki Ahli Sunnah aliran mazhab Hanbali (menurut penulis ia bermaksud Imam Asy'ari keluar Asy'ariyyah dan masuk aliran salaf) sebelum meninggal dunia. Adakah ini benar? mereka juga mendakwa kitabnya yang terakhir ialah al-Ibanah. Jika salah, bagaimana saya dapat buktikannya? Mereka juga kata Imam Asy'ari bermimpi kali kedua berjumpa Rasulullah S.A.W yang mengakui bahawa aliran Asy'ari adalah salah.

Answer

The Ash‘ari school and Maturidi schools have represented the ‘aqida or "tenets of belief" of the majority of Sunni Muslims for more than a thousand years; just as the Hanafi, Maliki, Shafi‘i, and Hanbali schools have represented the shari‘a or "Sacred Law" for the majority of Sunni Muslims for this period. Those against these two traditional schools of tenets of faith are people of bid‘a, defined in a fatwa or formal legal opinion by Imam Ibn Hajar Haytami as "whoever is upon other than the path of Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a, Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a meaning the followers of Sheikh Abul Hasan Ash‘ari and Abu Mansur Maturidi, the two Imams of Ahl al-Sunna" (Haytami, al-Fatawa al-hadithiyya, 280).

Aliran Asy'ari dan Maturidi mewakili aliran Ahli Sunnah bagi majoriti muslim sunni sejak ratusan tahun dahulu sebagaimana mazhab fekah yang empat yang mewakili majoriti umat Islam dalam bidang syari'ah. Aliran yang bertentangan dengan dua aliran tersebut maka ia adalah pengikut aliran bid'ah. Menurut Imam Ibn Hajar Haytami dalam kitab al-Fatawa al-Hadisiyyah, orang yang mengikuti aliran Ahli Sunanh wa al-Jamaah ialah mereka yang mengikuti aliran Abu Hasan Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi yang merupakan dua Imam Ahli Sunnah

In answer to your question, the claims that Imam Abul Hasan Ash‘ari (d. 324/936) repudiated his own positions are not new, but have been circulated by these Hanbalis for a long time, a fact that compelled the hadith master (hafiz) Ibn ‘Asakir to carefully investigate this question, and the sanads (chains of narrators) for the attribution of these repudiations to Ash‘ari. The results of his research furnished probably the best intellectual biography of Ash‘ari ever done, a book that rebuts these claims thoroughly and uniquivocally, called Tabyin kadhib al-muftari fi ma nusiba ila al-Imam al-Ash‘ari [On showing the untruth of the liars, concerning what has been ascribed to Imam Ash‘ari], that proves that there are liars in all the sanads that impute this to Imam Ash‘ari. The book is in print, and whoever would like the details should read it.

Bagi menjawab soalan anda, dakwaan yg mengatakan Imam Abul Hasan Ash‘ari (wafat 324 H/936 M) menolak alirannya (iaitu aliran Asy'ariyyah) yang terdahulu bukanlah satu dakwaan yang baru. Bahkan ia telah diuar-uarkan oleh golongan Hanbali Mujassim sejak dahulu lagi. Sheikh Ibn Asakir telah mengkaji secara terperinci sejauh mana kebenaran persoalan tersebut dan mengkaji rangkaian sanad (chains of narrators) yang merujuk kepada sifat-sifat penolakan Imam Asy'ari terhadap alirannya itu. Hasil kajian yang dilakukan ialah kitab tersebut bukan saja mengandungi maklumat lengkap mengenai Imam Asy'ari bahkan mengandungi hujah-hujah yang dapat mematahkan segala dakwaan melalui sanad yang disandarkan kepada Imam Asy'ari. Kitab tersebut bertajuk Tabyin Kazbi al-Muftari Fima Nusiba ila al-Imam Abu Hassan al-Ash’ari. Kitab ini dah dicetak dan sesiapa yang ingin membuat kajian secara lebih lanjut maka patut baca kitab ini.

Imam Ash‘ari’s al-Ibana ‘an usul al-diyana [The clarification of the bases of the religion] was not his last book, but rather among the first after he broke with Mu‘tazilism. Imam Kawthari states:

The Ibana was authored at the first of his return from Mu‘tazilite thought, and was by way of trying to induce [n: the Hanbali literalist] Barbahari (d. 328/940) to embrace the tenets of faith of Ahl al-Sunna. Whoever believes it to be the last of his books believes something that is patently false. Moreover, pen after pen of the anthropomorphists has had free disposal of the text—particularly after the strife (fitna) that took place in Baghdad [n: after A.H. 323, when Hanbalis ("the disciples of Barbahari") gained the upper hand in Baghdad, Muslims of the Shafi‘i madhhab were beaten, and anthropomorphism became the faith (‘aqida) of the day (Ibn Athir: al-Kamal fi al-tarikh, 7.114)]—so that what is in the work that contradicts the explicit positions transmitted from Ash‘ari by his own disciples, and their disciples, cannot be relied upon (al-Sayf al-saqil, 108).


Kitab Imam Asy'ari iaitu al-Ibanah 'an Usul al-Diyanah bukanlah kitabnya yang terakhir tetapi merupakan antara kitab yang awal setelah beliau keluar daripada Muktazilah. Menurut Imam Kawthari:

“Kitab Ibanah adalah merupakan antara penulisannya yang awal setelah keluar daripada Mazhab Muktazilah. Kitab ini bertujuan untuk mengajak Barbahari (wafat pada 328H) (iaitu pengikut Hanbali Mujassim) kembali kepada akidah yang sebenar iaitu akidah Ahli Sunnah. Sesiapa yang percaya bahawa kitab ini adalah kitab yang terakhir maka mereka jelas telah tersilap. Apatah lagi setelah berlakunya perubahan demi perubahan secara bebas terhadap kitab asal Ibanah setelah berlakunya fitnah di Baghdad (setelah 323H) apabila pengikut Barbahari berkuasa di daerah tersebut. Pada waktu itu juga, para ulama Syafie’ ditewaskan dan golongan Mujassimah berkuasa dan menjadikan akidah mereka sebagai pegangan ketika tersebut.(perkara ini dicatat oleh Ibn Athir dalam kitabnya al-Kamal fi al-Tarikh)."


This is borne out by hadith master (hafiz) Dhahabi in his Siyar a‘lam al-nubala’ (15.90), as well as Ibn ‘Asakir’s Tabyin kadhib al-muftari. As for seeing dreams, dreams may warm the heart, but they are not a proof for either Islamic law or tenets of faith. In his introduction to Ibn ‘Asakir’s work, Kawthari notes that "the anthropomorphists are the ones who seem to need this [relating of dreams]: when unable to prove their point while awake, they go to sleep, to find the proofs they are looking for while asleep, to fill their books with them" (Tabyin kadhib al-muftari (21–22).

Sejarah itu juga disokong oleh Imam Zahabi dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’, begitu juga oleh Ibn Asakir dalam kitab Tabyin kadhib al-muftari. Berhubung dengan hujah mimpi (Imam Asy'ari mimpi jumpa Rasulullah S.A.W yang akui aliran Asy'ariyyah silap), ia tidak dapat diterima dalam undang-undang Islam dan Akidah Islam. Menurut Imam Kawthari di dalam mukadimah kitab Ibn Asakir iaitu:

“Golongan Mujassimah telah merekacipta cerita mimpi tersebut. Setelah mereka tidak dapat membuktikan hujah secara nyata maka mereka pun tidur untuk buktikan apa yang mereka dakwa untuk memenuhkan kitab-kitab mereka”

Rujukan:

1) Teks Asal: http://www.masud.co.uk/ISLAM/nuh/masudq2.htm
2) Kitab tambahan: Syeikh Hamad al-Sinan dan Syeikh Fauzi al-'Anjari (t.t.), Ahlussunnah al-Asha'irah: Syahadah 'Ulama' al-Ummah wa Adillatuhum, T.T.P.: Dar al-Dhiya'. Maklumat lanjut tentang sejarah kitab al-Ibanah dan matan kitab asal yang diubah, rujuk halaman 59 hingga 72. (kitab ini diiktiraf oleh sepuluh ulama muktabar kontemporari, antaranya Mufti Damsyiq iaitu Sheikh Dr. 'Abd al-Fattah al-Bazzam, Mufti Mesir iaitu Sheikh 'Ali Jum'ah Muhammad, Sheikh Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti dan Sheikh Wahbah al-Zuhayli)

*Sheikh Nuh Ha Mim Keller: Maklumat biografi beliau, rujuk: http://www.masud.co.uk/ISLAM/nuh/
http://en.wikipedia.org/wiki/Nuh_Ha_Mim_Keller
http://shadhilitariqa.com/site/index.php?option=com_content&task=view&id=3

Saturday, August 15, 2009

Sheikh Yusuf al-Qardawi: Berlapang Dadalah, Majoriti Dunia Islam Berakidah Asy'ariyyah


وردا على سؤال آخر من أحد الحضور جاء فيه: "بعض الناس يطعن في عقيدة الأزهر الشريف، فما رد فضيلتكم على هذا الكلام؟"، قال الشيخ القرضاوي بنبرة استفهام ساخرة: "عقيدة الأزهر الشريف؟!"

ورأى أن من يقول ذلك "فهو يطعن في الأشعرية"، وتابع: "ليس الأزهر وحده أشعريا.. الأمة الإسلامية أشعرية.. الأزهر أشعري والزيتونة أشعري والديوباندي (بالهند) أشعري وندوة العلماء أشعرية ومدارس باكستان أشعرية.. وكل العالم الإسلامي أشعرية".

وأشار إلى أنه حتى الأشعرية موجودة بالسعودية التي تعد مركز السلفية الوهابية، وقال: "السلفيون مجموعة صغيرة، حتى إذا قلنا السعودية فليس كل السعودية سلفيين، فالحجازيون غير النجديين غير المنطقة الشرقية غير منطقة جيزان وهكذا".

وأضاف: "فإذا أخذنا بالأغلبية، فإن أغلبية الأمة أشعرية.. هذه كلها اجتهادات في فروع العقيدة، والكل متفق على شهادة أن لا اله إلا الله وأن محمدا رسول الله وعلى النبوة في الإيمان بالله وكتبه ورسله وفي اليوم الآخر".

وشدد على أن "هذه الاختلافات لا ينبغي أن نكفر بها أحدا".


Maksudnya:

Dalam pada menjawab soalan lain daripada salah seorang yang hadir yang bertanya: “Sebahagian manusia mentohmah aqidah Al-Azhar As-Syarif. Maka, apa jawapan tuan yang dihormati, terhadap perkataan (tohmahan) itu?” Maka Sheikh Al-Qaradhawi menjawab dalam bentuk persoalan yang penuh takjub: “Aqidah Al-Azhar As-Syarif?!”

(Beliau berkata) “

Saya lihat orang yang berkata sebegitu adalah orang yang mengkritik (aqidah) Al-Asya’irah”. Seterusnya beliau berkata: “Bukan Al-Azhar satu-satunya yang (beraqidah) Asy’ari. Ummah Islamiyyah adalah Asya’irah (majoritinya). Al-Azhar (beraqidah) Asy’ari. Az-Zaituniyyah (beraqidah) Asy’ari. Ad-Deoubandi (di India) beraqidah Asy’ari. Nadwah Al-Ulama’ beraqidah Asy’ari dan Sekolah-sekolah di Pakistan juga (beraqidah) Asy’ariyyah. Seluruh Dunia Islam Asy’ari (beraqidah Asy’ari)”.

Sheikh Dr. Al-Qaradhawi turut menjelaskan wujudnya golongan Al-Asya’irah di Saudi yang dikenali sebagai markaz Salafiyyah Wahhabiyyah. Beliau berkata: “Salafiyyun hanya minoriti sahaja (di dunia). Walaupun kita katakan negara Saudi , namun bukan seluruh Saudi itu Salafi . Golongan ahli Hijaz (yang kebanyakkan ulama’ mereka masih Al-Asya’irah tetapi tidak menonjol) bukan seperti ahli Najd. (Ahli Najad juga) bukan Ahli Syarqiyyah (ahli timur Saudi). (Ahli Syarqiyyah juga) bukan seperti Ahli di daerah Jizan. Begitulah seterusnya…”

Beliau menambah: “Kalau nak dikira majoriti umat Islam, maka majoriti ummah adalah Al-Asya’irah. Itu hanyalah perselisihan dalam masalah furu’ Aqidah. Kesemuanya bersepakat terhadap iman kepada Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Semuanya bersepakat terhadap kenabian (Rasulullah s.a.w.) dan pada keimanan terhadap Allah, kitab-kitab, para rasulNya dan beriman kepada Hari Akhirat”.

Lalu beliau mengingatkan secara tegas: “Khilaf ini tidak boleh menjadi sebab kita mengkafirkan sesiapa!”

Rujukan:

Artikel Asal, rujuk: http://www.islamonline.net/

Lihat juga.

Doa Menghindari Wabak Yang Merebak...Seperti H1N1


Ini ada satu doa yang ingin dikongsikan bersama. Doa keselamatan dari wabak. Doa ini diajarkan oleh al-Fadhilatus Syaikh Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad bin Haji Muhammad Said (Linggi) bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris, mantan mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

Beliau merupakan cucu kepada Syaikh Muhammad Said Linggi, seorang ulama yang terkenal di Tanah Melayu (wafat pada 12 Rabiulawwal 1345H (waktu malam), bersamaan 18/19 September 1926, ketika berusia 53 tahun menurut kiraan tahun Hijrah. Dan beliau adalah merupakan salah seorang murid kepada Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dan Tok Wan Ali Kutan, diantara ulama melayu terkenal di Mekah. Bahkan ayahanda, Syaikh Jamaluddin, merupakan guru yang mengajar di Masjidil Haram).

Dato Mohd Murtadha dilahirkan pada 23 Shafar 1356H bersamaan 5 Mei 1937. Dilantik menjadi mufti kerajaan Negeri Sembilan, Darul Khusus pada tahun 1987 dan bersara pada 31 Disember 2008. Beliau adalah merupakan Syaikh Thariqat Ahmadiyyah Idrisiyyah.

Rujuk

Satu ikhtiar lg untuk mengelak wabak Selsema Babi (H1N1) daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)



Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.

Rujuk

Thursday, July 9, 2009

Pesanan Sheikh Mustafa Masyhur: Apabila Gerakan Dakwah Diuji Dengan Kemenangan


Para pendokong dakwah, biasanya mampu menghadapi bukit-bukit rintangan yang telah lalu yang berupa penolakan manusia, persendaan mereka serta gangguan dan penentangan mereka.

Kekuatan, kemahuan dan jiwa mereka tidak pernah lemah dan luntur walaupun menghadapi kesusahan hidup, kerosakan dan keburukan suasana serta pelbagai gangguan dan penindasan dari pihak yang menentang dakwah.

Sehingga akhirnya Allah menghapuskan kesusahan, kesulitan dan meringankan tekanan dan
gangguan sama ada seluruhnya atau sebahagian daripadanya. Biasanya pertolongan Allah ini akan mengurangi kepayahan dan keletihan serta menimbulkan kerehatan dan kelapangan untuk ketenangan saraf dan ketenteraman jiwa demi memperbaharui kegiatan dan kecergasan.

Di sinilah lahirnya pula satu bukit halangan yang tidak terduga. Ketenangan jiwa, ketenteraman warna suasana penuh kerehatan dan kelapangan kadang-kadang melalaikan kita, lantas kita menyerah kepadanya dan terus terlelap dan enak di dalamnya. Terutamanya apabila kerehatan dan kelapangan itu disertai oleh kemewahan atau kesenangan hidup.

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)


Kadang-kadang orang yang terdedah kepada bentuk rintangan seperti ini akan mencari-cari dan mereka-reka berbagai alasan untuk membenarkan tindakannya yang tidak sesuai dengan harakah dan merugikan dakwah Islam dan jihad. Sikap ini hanyalah semata-mata bertujuan untuk mengurangkan tekanan jiwa lawwamahnya (jiwa yang menyesali).

Akhirnya kerehatan dan kelapangan yang terbuka itu menjadi sempurna tanpa sebarang tekanan. Oleh kerana itu, pendokong dakwah yang benar janjinya kepada Allah dan benar niatnya untuk berdakwah dan telah menjual dirinya dan hartanya kepada Allah, mestilah menyedari dan menginsafi perkara ini dan hendaklah berterusan melepasi rintangan demi rintangan tanpa tersangkut dan tersungkur padanya.

Saudara-saudaranya pula mestilah menarik tangannya dan menolongnya untuk bangkit
kembali meneruskan jihad dan perjuangannya di jalan Allah. Dakwah Islam sentiasa memerlukan usaha dan tenaga yang semaksima supaya bidang dakwah sentiasa subur dan mekar. Alhamdulillah. Kemenangan dan kelapangan yang terluang tadi hanyalah merupakan alat (peluang) untuk memperbaharui kekuatan dan kegiatan baru.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah" Al-A'raaf (7):58

Sunday, July 5, 2009

Di Antara Silsilah Arab dan Utusan Allah Ta'ala.



Jazirah Arab terbentang luas, terletak antara benua Asia dan Afrika. Dengan luas kurang lebih 3,1 juta km2, negeri ini bagaikan titik pusat dunia. Pada masa itu, Jazirah Arab dibahagi kepada lapan bahagian, iaitu: Hijaz, Yaman, Hadhramaut, Muhrah, 'Oman, Al-Hasa, Najd dan Ahqaf.

Hijaz terletak ditepi Laut Merah sebelah Tenggara. Di wilayah inilah terdapat kota Makkah yang ada bangunan Masjidil Haram. Di tengah-tengah masjid ini berdirilah Ka'bah. Rumah suci Ka'bah ini disebut juga dengan "BaitulLah".

Yaman berada di Selatan Hijaz. Disebut Yaman sebab berada di sebelah kanan Ka'bah (yamin). Di Yaman ini ada kota-kota bersejarah yang dilukiskan oleh Al-Qur'an dan Hadits Nabi seperti Saba', Shan'aa, Ma'arib, Hudaidah dan Aden.

Hadhramaut terletak disebelah Timur Yaman dan tepi Lautan Hindi. Muhrah disebelah.Timur dari Hadhramaut. 'Oman di Utara dan bersambung dengan teluk Parsi. Al-Hasa dipantai teluk Parsi dan panjangnya sampai ke tepi sungai Euphrates.

Najd terletak antara Hijaz dan negeri Yamamah. Tanahnya datar dan luas. Di utara bersambung dengan Syam, di Timur dengan Iraq. Ahqaf terletak di selatan, sebelah barat Daya dari 'Oman.

Qabilah-qabilah Arab ini memiliki beberapa jenis kulit sesuai dengan asal keturunan nenek moyang mereka. Yang berkulit putih berasal dari Persia, berkulit kuning dari Cina dan yang berkulit hitam berasal dari Afrika. Ketiga macam jenis kulit itu semuanya berasal dari keturunan Nabi Nuh yang bernama: Sam, Yafits dan Ham. Dan karena bercampur baur, maka semakin beraneka ragamlah jenis kulit manusia di Jazirah ini.

Secara lebih detail bangsa Arab tersebut dibagi dalam tiga bagian berdasarkan asal usulnya:

1. Bangsa Arab Al-'Arabaa', mereka ini yang Ash dari keurunan Iram bin Sam bin Nuh. Puak ini terurai menjadi bangsa-bangsa: 'Aad, Tsamud, Amim, Amil, Thasam, Jadies, 'Imlieq, Jurhum Ula dan Wabar, dari keturunan ini pulalah lahirnya Nabi Isma'il putra Nabi Ibrahim as. Bangsa 'Aad dan Tsamud ini pernah dimusnahkan oleh Allah, sebagaimana termaktub didalam Al-Qur'an.

2. Bangsa Arab Al-'Aaribah keturunan Nabi Hud didaerah Yaman. Mereka ini dikenal dengan bangsa Saba'iyyah (Saba). Ketika tanah Yaman dihanyutkan oleh air bah, kerajaan mereka terpecah menjadi tiga kerajaan.

3. Bangsa Arab Al-Musta'rabah adalah yang ditetapkan sebagai bagsa Arab, mereka adalah keturunan Nabi Ismail as, yang nantinya silsilah beliau sampai kepada Nabi Muhammad SAW.

Rujukan: Kumpulan Peta Siroh Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, July 2, 2009

"Sahabatku di Malaysia": Pesan Terakhir Sayyid Qutb


Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sajak Sayyid Qutb-1966

Tuesday, June 30, 2009

Prof Dr Yusuf al-Qardawi: Islam risalah sepanjang zaman



Islam adalah risalah bagi setiap zaman dan generasi, bukan risalah yang terhad pada masa yang tertentu yang peranannya habis dengan berakhirnya masa itu, sebagaimana keadaan risalah Nabi-nabi yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa setiap Nabi diutus bagi jangka masa yang tertentu.

Bila tempoh itu habis, maka Allah s.w.t. mengutus pula Nabi yang lain. Adapun Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup para Nabi. Oleh itu risalahnya adalah risalah yang abadi yang berkekalan hingga ke Hari Qiamat dan meliputi seluruh alam. Risalah ini membawa hidayah yang terakhir kepada umat manusia. Jelaslah bahawa tidak ada syariat
selepas Islam, tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak ragu-ragu lagi bahawa Islam adalah risalah masa depan yang abadi dan risalah masa lalu yang jauh. Sesungguhnya pokok i'tiqad dan akhlaknya adalah menjadi risalah bagi tiap-tiap nabi yang diutus dan tiap-tiap kitab yang diturunkan. Maka semua Nabi datang dengan Islam, menyeru Tauhid dan menjauhi Thaghut.

( وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ ( 25
“Dan Kami tidak mengutus seoranng Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawsanya Tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka, sembahlah oleh kamu akan Aku.”
(surah Anbiyä: 25)

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي آُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ
وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ آَيْفَ آَانَ عَاقِبَةُ
( الْمُكَذِّبِينَ ( 36

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah s.w.t. (saja,) dan jauhilah Thaghu’t itu.”
(surah An-Nahli: 36)

Setiap Nabi memberitahu bahawa mereka adalah Muslim dan menyeru kepada Islam.
Nabi Nuh Alaihis’ Salam berkata:

فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللّهِ وَأُمِرْتُ أَنْ أَآُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
(72)

“Dan aku diperintah supaya aku termasuk golonganMuslimin.”
(surah Yunus: 72)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihis’ Salam berkata:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّیَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ
( أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ( 128


“Ya Tuhan Kami jadikanlah kami be orang yang Muslim kepadamu dan ( di antara anak cucu kami Umat yang Muslim
kepada Mu.”

(surah al-Baqarah: 128)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub berwasiat kepada anak-anaknya:
وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَیَعْقُوبُ یَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّینَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ
( وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ( 132

“Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memilih Agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam
memeluk agama Islam.”
(surah al-Baqarah: 132)

Nabi Yusuf Alahis’ Salam berdoa kepada Tuhannya:
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِیلِ الأَحَادِیثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
( أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ( 101

“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkan aku dengan orang-orang yang soleh.”
(surah Yusuf: 101)

Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:

( وَقَالَ مُوسَى یَا قَوْمِ إِن آُنتُمْ آمَنتُم بِاللّهِ فَعَلَيْهِ تَوَآَّلُواْ إِن آُنتُم مُّسْلِمِينَ ( 84
“Hai kaumku, jika kamu berima kepada Allah, maka bertawakkallah kepadaNya sekiranya Kamu benar-benar Muslim.”
(surah Yunus: 84)

Para tukang sihir Fir’aun ketika beriman kepada Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:

وَمَا تَنقِمُ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا بِآیَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءتْنَا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
(126)

“Ya Tuhan Kami, Limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan Muslim kepada Mu”. (surah
al-A’araf: 126)

Nabi Sulaiman Alaihis’ Salam mengutus surat kepada Ratu Balqis dan kaumnya:

( أَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ ( 31

“Janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang Muslim”. (surah
An Naml: 31)

Kaum Hawariyun berkata kepada Nabi Isa Alaihis’ Salam:

“Kami beriman kepada Allah s. w.t. dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim.”
(surah Ali-
Imran: 52)

Sesungguhnya Islam adalah inti risalah setiap Nabi yang datang dan sisi Allah s.w.t. semenjak dan Nabi Nuh Alaihis’ Salam hingga Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah risalah semua zaman.

Friday, June 19, 2009

Tuntutan Gerakan Islam: Fikrah Al-Marhum Sheikh Fathi Yakan


Dakwah Rasulullah S.A.W merupakan suatu Gerakan.

Sebagai landasan yang menguatkan perlunya membentuk suatu Gerakan ialah praktik Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bagaimana caranya baginda dahulu membentuk suatu Negara Islam. (Daulah Islamiyyah). Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam tidaklah berpegang pada cara bekerja secara individu. Semenjak hari pertama dari da’wahnya, Rasulullah begitu mementingkan terbentuknya suatu GERAKAN yang teratur. Untuk kepentingan itu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lebih dahulu memilih tenaga-tenaga teras, untuk dijadikan suatu daya pendorong dalam pelayaran kapal Islam.

Tidak lama kemudian ternyata 'kapal Islam' itu penuh sesak dengan penumpang yang datang dari seluruh penjuru dunia ini. Beritanya memenuhi mata telinga dan hati dunia. Demikianlah usaha Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam selama baginda berda’wah di Mekah.

‘Amal Jama’i adalah kewajiban Agama

Dari keterangan yang tersebut di atas, dapatlah ditegaskan, bahawa bekerja sama untuk menegakkan ajaran Islam, itu merupakan tugas keagamaan. Kita wajib memulai kehidupan menurut Islam. Dan kewajiban ini tidak dapat dilaksanakan tanpa membentuk suatu JAMA’AH (Organisasi). Oleh yang demikian membentuk JAMA’AH untuk memulai gerakan Islam juga hukumnya menjadi wajib.

Dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam begitu banyak perintah supaya kaum Muslimin bersatu, tolong-menolong, dan tegak dalam satu barisan. Kita mulai dengan maksud ayat-ayat Al-Qur’an:

“Hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Ali-’Imran: ayat 104)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Kamu adalah ummat yang terbaik, yang dilahirkan untuk ummat manusia; kamu menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan kamu beriman kepadaAllah.”
(Surah Ali-’Imran: ayat 110)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Kenapa tidak pergi suatu kelompok yang kecil dari tiap-tiap golongan yang besar di antara kamu, untuk memperdalam pengetahuannya tentang agama, dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya, apabila mereka telah kembali kepada kawannya itu, agar supaya kaumnya itu dapat menjaga dirinya.”

(Surah Al-Taubah: ayat 122)

Dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun ‘alaihimassalam bermaksud:

“Allah berfirman: “Kami akan membantu engkau dengan mengutus saudaramu, dan Kami akan memberikan kepada kamu berdua kekuasaan yang besar, sehingga mereka, Fir’aun dan pengikutnya, tidak akan dapat menganiaya kamu berdua. Berangkatlah kamu berdua dengan membawa mu’jizat-mu’jizat Kami. Kamu berdua dan orang-orang yang mengikuti kamu, itulah yang akan menang.”
(Surah Al-Qasas: ayat 35)

“Dan tolong-menolonglah kamu untuk mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan....”
(Surah Al-Ma’idah: ayat 2)

Dan dalam himpunan Hadith di antaranya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

“Hendaklah kamu berada dalam JAMA’AH: kerana sesungguhnya jama’ah itu adalah rahmat, sedang perpecahan itu merupakan siksa.”
(Hadith Riwayat Muslim)

“Barangsiapa yang memecah belah, maka ia tidak termasuk golongan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan JAMA’AH sesungguhnya serigala hanya mahu memakan kambing yang menyendiri.”

(Hadith Riwayat Tabrani)

‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

“Hendaklah engkau berada bersama-sama dengan jema’ah kaum Muslimin dan Imam mereka.” Hudzaifah bertanya: “Bagaimana, ya RasuluLlah, kalau tidak ada Jema’ah dan tidak ada Imam mereka?” Rasulullah Sallalahu ‘alaihi Wasallam menjawab: “Hendaklah engkau berada bersama-sama dengan mereka, walaupun engkau harus menggigit pohon korma, sampai akhirnya engkau dijemput oleh maut dalam keadaan yang demikian.” “Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri dari jema’ah kaum Muslimin, maka bererti ia mati sebagai mati Jahiliyyah.”

(Hadith Riwayat Muslim)