Saturday, October 3, 2009
Kedah Sejahtera: Dakwah Tadrijiyyah fi Kedah...
BALING – Peniaga pasar malam seluruh daerah ini dikehendaki menutup operasi perniagaan mereka selama 15 minit apabila masuk waktu bagi solat Maghrib untuk menghormati waktu tersebut.
Yang Dipertua Majlis Daerah Baling (MDB), Ahmad Fisol Md Nor berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai bulan ini dan sebarang peniaga pada waktu tersebut adalah tidak dibenarkan.
Menurutnya, pemantauan akan dilakukan supaya tiada peniaga yang berniaga pada waktu tersebut dan selepas 15minit kemudian, peniaga boleh meneruskan perniagaan seperi sedia kala.
“Pihak MDB akan mengedarkan borang notis kepada semua peniaga pasar malam mulai esok (3 Oktober) supaya peniaga dapat bekerjasama untuk tidak berniaga pada waktu tersebut.
“Seminggu selepas notis diberikan, ia akan terus dikuatkuasakan dan segala pemantauan akan dilakukan bagi memastikan semua peniaga dapat menutup perniagaan seketika pada waktu maghrib,” katanya kepada Sinar Harian di Majlis Rumah Terbuka di perkarangan pejabat daerah Baling.
Beliau berharap semua peniaga dapat memberikan kerjasama supaya arahan yang dilakukan ini bukan untuk merugikan tetapi untuk memudahkan peniaga dan juga pembeli untuk menunaikan solat.
Antara lokasi pasar malam yang terlibat iaitu Pekan Baru Baling, Pekan Baru Kuala Ketil, Pekan Parit Panjang, Pekan Kuala Pegang, Kampung Jerai, Pekan Tawar, Kampung Bandar, Pekan Baru Kupang dan Pekan Baru Kampung Lalang.
Penulis: Mudah-mudahan ia jadi antara permulaan inisiatif dakwah yang berterusan serta jadi contoh dan ikutan yang baik. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang mencontohkan dalam Islam sunnah yang baik, maka bagi dia pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya. Barangsiapa yang mencontohkan sunnah yang buruk, maka atasnya dosa dan dosa orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment