Sunday, August 30, 2009
Sheikh Muhammad Qutb: Salah Faham Terhadap Keadilan Hukum Jenayah Dalam Islam
Kes Kartika memang menguji Undang-undang Syariah di Malaysia. Pelbagai pihak memberi komentar dalam hal tersebut, hingga terdapat pendapat-pendapat mereka yang ganjil berhubung penyelesaian yg dicadangkan. Penulis mengira, pendapat-pendapat ganjil tersebut berpunca tidak lain kecuali mereka tidak faham terhadap keadilan Hukum Jenayah dalam Islam.
Namun, sebelum itu, perlu difahami bahawa, hukuman yg dijatuhkan di Pahang itu memang bukan berdasarkan Hukum Islam. Ia disebabkan pelbagai faktor, antaranya Malaysia belum bersedia ke arah perlaksanaannya, sikap sebahagian pemimpin yg curiga dan memandang rendah kepada Hukum Islam dan salah faham terhadapnya hingga menganggapnya kolot.
Sheikh Muhammad Qutb telah menjelaskan salah faham seperti ini di dalam kitabnya. Beliau juga menjelaskan tentang sistem Islam yg sebenar. Menurutnya, sikap Islam di dalam hukuman-hukuman terhadap kesalahan-kesalahan ialah:
1)Melindungi syara’ dan segala perkara yg mendorong ke arah perlakuan jenayah.
2)Menggantungkan perlaksanaan hukum apabila terdapat keraguan demi langkah waspada.
Jadi, manakah satu sistem yang seadil jika dibandingkan dgn sistem Islam ini?
Oleh kerana orang-orang Eropah tidak mempelajari hakikat-hakikat konsep jenayah dan
hukuman di dalam Islam, maka mereka menganggap hukuman-hukuman yang ditetapkan oleh Islam itu sebagai kejam dan menjatuhkan status manusia. Mereka tersalah anggap bahawa hukuman Islam itu sama seperti hukuman sivil mereka yang akan dijalani setiap hari.
Akibatnya mereka melihat masyarakat Islam sebagai sebuah gelanggang pembunuhan dan
penyeksaan yang kejam, di mana setiap hari di sana sini dilaksanakan hukuman-hukuman
sebat, potong tangan dan rejam, sedangkan yang sebenarnya hukuman hukuman ini jarang sekali dilaksanakan di dalam masyarakat Islam. Umpamanya hukuman potong tangan hanya dilaksanakan sebanyak enam kali saja dalam masa empat ratus tahun.
(cuba bandingkan dengan kenyataan salah faham seorang pemimpin negara dulu tentang sup tangan kalau buat hudud)...Na'uzubiLllah
Ini adalah satu bukti yang cukup untuk menyedarkan kita bahawa tujuan hukuman-hukuman itu asalnya ialah untuk menakutkan dan mencegah perlakuan jenayah saja. Begitu juga cara Islam bertindak melindungi masyarakat dan pengaruh yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah itu memberi keyakinan penuh kepada kita bahawa perlaksanaan hukuman berat yang jarang dilaksanakan itu adalah dilakukan dengan penuh keadilan.
Tidak ada sebab yang wajar mengapa setengah orang Eropah dan sebagainya (terdapat juga di kalangan umat Islam sendiri) yg rasa khuatir terhadap perlaksanaan hukuman-hukuman Islam itu. Mungkin ada orang berfikir bahawa hukuman-hukuman yang ditetapkan
oleh Islam itu tidak realistik.
Anggapan itu tidak benar kerana hukuman-hukuman itu memang berupaya menakutkan sesetengah orang yang ingin melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar. Biarpun bagaimana kuatnya keinginan mereka untuk melakukan jenayah, namun mereka harus berfikir berkali-kali sebelum melakukan jenayah itu kerana takutkan hukuman yang berat.
Berhubung pentarbiahan, Islam tidak pula akan berpeluk tubuh, sebaliknya akan bertindak sewajarnya untuk mengubati mereka yang cenderung melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar, malah Islam tidak akan membiarkan mereka begitu saja menjadi korban penyelewengan-penyelewengan seperti seks (dan lain-lain).
Inilah konsep hukuman Islam yang sebenar, tetapi malangnya sesetengah intelek dan ahli-ahli perundangan memandang jelek kepada hukuman-hukuman itu kerana semata-mata
takut dicop sebagai undang-undang kolot oleh orang orang Barat. Alangkah baiknya jika
ada orang-orang yang dapat mengajar mereka secara mendalam segala hikmat-hikmat yang
terkandung dalam hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam itu.
Kesimpulan penulis:
1) Keadilan Islam di dalam Undang-undang difahami secara jelas.
2) Undang-undang Islam di Malaysia terutamanya jenayah perlu direformasikan.
3) Perlu diketahui punca-punca salah faham terhadap Islam khususnya dalam aspek perundangan.
Rujukan:
Sheikh Muhammad Qutb dalam bukunya yang bertajuk Salah Faham Terhadap Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment