Sudah lima bulan tak tulis kat blog ni (^^ duk fokus facebook jak...harap2 semangat menulis kekal insya Allah....Kali ini cerita tentang antara kaedah dakwah di kedah untuk didik masyarakat untuk solat, moga mereka diberkati atas usaha yg dilakukan, AMEEN
BALING – Peniaga pasar malam seluruh daerah ini dikehendaki menutup operasi perniagaan mereka selama 15 minit apabila masuk waktu bagi solat Maghrib untuk menghormati waktu tersebut.
Yang Dipertua Majlis Daerah Baling (MDB), Ahmad Fisol Md Nor berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai bulan ini dan sebarang peniaga pada waktu tersebut adalah tidak dibenarkan.
Menurutnya, pemantauan akan dilakukan supaya tiada peniaga yang berniaga pada waktu tersebut dan selepas 15minit kemudian, peniaga boleh meneruskan perniagaan seperi sedia kala.
“Seminggu selepas notis diberikan, ia akan terus dikuatkuasakan dan segala pemantauan akan dilakukan bagi memastikan semua peniaga dapat menutup perniagaan seketika pada waktu maghrib,” katanya.
Beliau berharap semua peniaga dapat memberikan kerjasama supaya arahan yang dilakukan ini bukan untuk merugikan tetapi untuk memudahkan peniaga dan juga pembeli untuk menunaikan solat.
Antara lokasi pasar malam yang terlibat iaitu Pekan Baru Baling, Pekan Baru Kuala Ketil, Pekan Parit Panjang, Pekan Kuala Pegang, Kampung Jerai, Pekan Tawar, Kampung Bandar, Pekan Baru Kupang dan Pekan Baru Kampung Lalang.
Antara negeri yang turut menggunakan kaedah ini adalah negeri Kelantan yang telah lama menguatkuasakannya. WAllahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment