Sudah lima bulan tak tulis kat blog ni (^^ duk fokus facebook jak...harap2 semangat menulis kekal insya Allah....Kali ini cerita tentang antara kaedah dakwah di kedah untuk didik masyarakat untuk solat, moga mereka diberkati atas usaha yg dilakukan, AMEEN
BALING – Peniaga pasar malam seluruh daerah ini dikehendaki menutup operasi perniagaan mereka selama 15 minit apabila masuk waktu bagi solat Maghrib untuk menghormati waktu tersebut.
Yang Dipertua Majlis Daerah Baling (MDB), Ahmad Fisol Md Nor berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai bulan ini dan sebarang peniaga pada waktu tersebut adalah tidak dibenarkan.
Menurutnya, pemantauan akan dilakukan supaya tiada peniaga yang berniaga pada waktu tersebut dan selepas 15minit kemudian, peniaga boleh meneruskan perniagaan seperi sedia kala.
“Seminggu selepas notis diberikan, ia akan terus dikuatkuasakan dan segala pemantauan akan dilakukan bagi memastikan semua peniaga dapat menutup perniagaan seketika pada waktu maghrib,” katanya.
Beliau berharap semua peniaga dapat memberikan kerjasama supaya arahan yang dilakukan ini bukan untuk merugikan tetapi untuk memudahkan peniaga dan juga pembeli untuk menunaikan solat.
Antara lokasi pasar malam yang terlibat iaitu Pekan Baru Baling, Pekan Baru Kuala Ketil, Pekan Parit Panjang, Pekan Kuala Pegang, Kampung Jerai, Pekan Tawar, Kampung Bandar, Pekan Baru Kupang dan Pekan Baru Kampung Lalang.
Antara negeri yang turut menggunakan kaedah ini adalah negeri Kelantan yang telah lama menguatkuasakannya. WAllahua'lam
Sunday, February 13, 2011
Friday, September 24, 2010
Kelebihan Syiling Kijang Emas Maybank
Assalamualaikum, hampir 2 bulan lebih dah tak tulis di blog, barangkali asyik fokus facebook je kot...
Insya Allah, posting kali ini akan fokus kepada Syilinag Emas secara ringkas(^^ saya ambil artikel ni dari blog yg lain (dgn sedikit edit) yg saya rasa sangat menarik...
Ramai yang mengeluh apabila harga minyak naik. Dengan kenaikan harga minyak menyebabkan barang-barang lain juga naik; contohnya beras, gula, tepung, ikan, sayur dll. Mengapa ini terjadi? Jawapan yang kita terima, kos untuk carigali minyak meningkat, kos penghantaran turut meningkat. Persoalannya mengapa ia meningkat, jika sebelumnya kos tersebut mencukupi, mengapa pula sekarang memerlukan kos tambahan.....
Bagaimana kalau saya katakan bahawa nilai wang itu sendiri sudah jatuh. Nilai wang kertas yang tercetak diatasnya "Sah Diperlakukan Dengan Nilai 50 Ringgit" itu sebenarnya telah susut nilai menjadikan nilainya kurang dari angka yang tercetak diatasnya.
Contoh: Si A menyimpan wang sebanyak RM10,820 sembilan tahun yang lalu. Jumlah tersebut masih berada didalam simpan Si A sehingga sekarang. Apa yang Si A boleh buat dengan wang sebanyak RM10,820 itu. Si A boleh mendapat 2 keping Kijang Emas 1oz bernilai RM4,091 x 2 = RM8,182, selebihnya wang tunai RM2,638 .
Si B juga mempunyai jumlah wang yang sama banyak dengan Si B. Si B menggunakan wang tersebut untuk membeli 10 keping Kijang Emas 1oz x RM1082 = RM10,820, sembilan tahun yang lalu. Si B masih menyimpan 10 keping Kijang Emas 1oz sehingga sekarang. Berapa nilai 10 keping Kijang Emas 1oz milik Si B sekarang. Nilainya sekarang ialah RM4,091 x 10 = RM40,910.
Harga semasa yg diupdate setiap hari boleh dilihat dlm website Bank Negara Malaysia. Boleh juga dibuat perbandingan bagi tahun-tahun yang lepas melalui website ini
SIMPANLAH EMAS SEBAGAI PERSEDIAAN JIKA BERLAKU KEJATUHAN NILAI RINGGIT
Rujukan:
1) http://dinar916.blogspot.com
2) http://jutawanemas.com
Friday, June 4, 2010
Menjejaki Nabi Harun a.s dan Nabi Musa a.s di Gunung Tursina, Mesir
Nabi Harun a.s adalah saudara kandung Nabi Musa a.s. Kisahnya di dalam Al-Qur’an selalu disebut bersama dengan kisah saudaranya itu. Ia mendampingi Nabi Musa a.s menemui Fir’aun untuk meminta agar Fir’aun melepaskan Bani Israil dari perhambaan untuk mengingatkannya serta meluruskan jalan hidupnya yang melampaui batas.
Dengan lemah lembut, Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s menghadapi keangkuhan Fir’aun yang mengaku diri tuhan. Akhirnya mereka berjaya membawa keluar Bani Israil dari Mesir. Ketika sampai di sekitar Gunung Sinai, Nabi Musa a.s meninggalkan Bani Israil selama 40 hari untuk menemui Tuhan di puncak Gunung Sinai, Nabi Harun a.s diserahi tugas menjaga kaumnya. Nabi Harun a.s wafat lebih dulu dari Nabi Musa a.s dan dikuburkan di Bukit Hur di Gurun Sinai.
Merasai kepayahan saudara Nabi Harun a.s iaitu Nabi Musa a.s yang mendaki Gunung Sinai untuk menerima wahyu dari Allah S.W.T.
Pendakian bermula jam sekitar 1 pagi, dan berjaya sampai ke puncak pada sekitar jam 4 pagi. Solat subuh dilaksanakan di masjid kecil yang dibina berdekatan dengan gereja. Benar-benar merasai keletihan dan tergambar kesabaran bagaimana salah seorang Nabi Ulul al-'Azmi yakni Nabi Musa a.s mendakinya untuk menerima wahyu dari Allah S.W.T
Tuesday, March 9, 2010
Kesan Kalimah 'Allah' Pada Aspek Psikologi Manusia
Mr.Vander (Psychologist from Netherlands) discover about the effect of reading the Quran and repeating the word ALLAH both on patients and on normal persons.
The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years. Some of his patients were non-Muslims, others do not speak Arabic and were trained to pronounce the word "ALLAH" clearly, the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension.
Al Watan, Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Quran regularly can protect themselves from psychological diseases.
The psychologist explained how each letter in the word "ALLAH" affects healing of psychological diseases. He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word "ALLAH" which is the letter (A), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant (L) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration. Also,pronouncing the last letter which is the letter (H) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heart beat.
The exciting thing is that this psychologist is a non-Muslim, but he is interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the Holy Quran.
سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Allah, The Great & Glorious, says, We will show them Our signs in the universe and in their own selves, until it becomes manifest to them that this(Quran) is the truth. [Holy Quran 41:53]
Sumber: http://www.freewebs.com/islamic-site/articles/vander-ch.html
Saturday, December 19, 2009
Perilaku al-Qardawi: al-Wasatiyyah, La Ifrat wa La Tafrit (Kesederhanaan, Tidak Jumud dan Tidak Liberal)
Baru-baru ni saya menghadiri ceramah Sheikh Dr Yusuf al-Qardawi di Masjid Shah Alam. Rasa sangat bertuah bila bersama dengan tokoh ulama dunia. Mudahan beliau juga tersenarai di dalam senarai nama guru-guruku kelak meskipun sekadar kurang satu jam dengar ceramah beliau..AMEEN
Posting kali ni, saya ingin dedahkan peristiwa menarik tentang beliau mengenai tasamuh mazhab..Seperti beriku:
وقال الشيخ القرضاوي مازحا مع طلاب العلم الذين يخضعون للدورة التدريبية: "أنا سلفي على صوفي على أشعري"، وروى أن "أحدهم كان يقول لي: ما مذهبك؟ فقلت له أنا دخلت الأزهر حنفيا، إنما إلى الآن أنا حنفشعي (حنفي شافعي)"، فضحك كل من في القاعة بمزاح الشيخ الذي أكمل حديثه مبينا سبب دخوله الأزهر معتنقا المذهب الحنفي.
وقال: "عندما كنت أقدم للالتحاق بالأزهر كان يكتب لي الانتساب عالم من علماء بلدنا صفط تراب- غربية (دلتا النيل) اسمه الشيخ عبد المطلب البتي رحمه الله.. وبينما كان يكتب الانتساب جاءت خانة اسمها المذهب، فكنت سأقول له اكتب شافعيا، لكنه سبقني وقال لي: ما رأيك يا شيخ يوسف أن تكون حنفيا مثلي؟ فقلت له خلاص خليني حنفي زيك (مثلك)"، وتابع ضاحكا: "طلعت حنفي بالصدفة".
وتابع العلامة بأنه درس كل المذاهب في الأزهر: "درست المذهب الحنفي وبعد ذلك درست المذاهب كلها.. ودرست الأشعرية في المعاهد الدينية وفي كلية أصول الدين.. ولكنني توسعت فدرست السلفيين.. درست الغزالي ودرست ابن تيمية".
وأضاف: "تعلمت أول ما تعلمت على الغزالي وبعده تعلمت ابن تيمية.. أعجبت بابن تيمية، ولكني لم أطرد الغزالي تماما.. أرجع إلى هؤلاء وإلى هؤلاء.. والمسلم ينتقي من كل شيء أفضل ما فيه، ولا يكفر إنسانا إلا بقطعي من القطعيات".
Dalam sebuah majlis beliau pernah berseloroh demikian: "Saya adalah salafi, ala sufi, ala asy'ari". Katanya lagi: "Ada orang bertanya saya: Apa mazhab tuan? Lalu jawab saya: Saya masuk ke al-Azhar sebagai hanafi. Adapun sehingga sekarang saya adalah HANAFASYA'I", maksudnya mazhab hanafi campur syafi'i. Lantas ketawalah semua yang ada di dalam dewan majlis itu dengan gurauan Syeikh al-Qaradhawi tersebut.
Beliau menceritakan sebabnya demkian: "Ketika saya nak mendaftar di al-Azhar, orang yang mendaftarkan saya pada masa itu ialah salah seorang alim dari tempat kami Safat Turab, wilayah Gharbiyyah (Delta Nil) bernama Syeikh 'Abdul Muttalib al-Bitti rah. Ketika beliau menulis pendaftaran berkenaan, tiba pada ruangan 'mazhab'. Pada mulanya saya nak menyebut kepada beliau: Tuliskan mazhab syafi'i, tetapi tiba-tiba beliau berkata terlebih dulu: Apa pendapat kamu ya Syeikh Yusuf kamu jadi hanafi seperti saya? Lalu jawab saya: Baiklah kalau begitu saya hanafi seperti tuan. Maka jadilah saya bermazhab hanafi secara tak sengaja". Kata beliau dengan tersenyum.
Menurutnya lagi, beliau mempelajari semua mazhab ketika di al-Azhar. Kata beliau: "Saya mempelajari mazhab hanafi, dan selepas itu saya mempelajari kesemua mazhab. Saya juga mempelajari akidah Asy'ariyyah ketika di Maahad Diniyyah dan juga di Fakulti Usuluddin. Akan tetapi saya pergi lebih luas, lalu saya pelajari juga akidah Salafiyyah.. Saya pelajari al-Ghazali dan saya juga pelajari Ibn Taimiyyah".
Tambahnya lagi: "Pelajaran yang mula-mula saya pelajari ialah pada al-Ghazali, dan selepasnya baru saya pelajari Ibn Taymiyyah. Saya kagum dengan Ibn Taimiyyah, akan tetapi saya tidak menolak al-Ghazali secara langsung. Saya merujuk kepada pihak yang ini dan juga kepada pihak yang ini. Dan seorang muslim itu memilih daripada tiap-tiap sesuatu, apa yang paling baik ada padanya, dan tidak mengkafirkan seseorang melainkan dengan perkara yang qat'i (pasti dalam agama)".
Kesimpulan Penulis:
1. Kita perlu berlapang dada dengan perbezaan pandangan dalam mazhab. Sebenarnya perbezaan kita sangat banyak, tapi ia dibolehkan apabila ia berada dalam ruangan ijtihad dan furuk.
2. Adakah perbezaan itu perlu buatkan kita bergaduh. Cuba bayangkan dalam bahasa arab pun ada aliran berbeza seperti nahu kufah dan nahu basrah (dua bandar penting di Timur Tengah). Perlukah kufah dan basrah bergaduh?
3. Jangan nafikan perbezaan pendapat tersebut dengan ungkapan jumud, bid'ah atau wahabi kerana ia sukar ditentukan siapa yg taksub,siapa yang tajdid,siapa yang sederhana dan sebagainya.
4. Jika didapati benar terdapat golongan yg terlalu menganggap aliran mereka saja yang ikut hadis, sunnah, al-Quran dan seumpamanya, manakala aliran lain semuanya bid'ah,termasuk anggap pandangan ulama muktabar sebagai syirik dan khurafat, maka ia perlu ditangani dengan bijak dan berhikmah.
5. Jauh dari sikap mensyirikkan, membid'ahkan, mengkafirkan pandangan orang lain dan hormatilah pendapat ulama terdahulu meskipun kita tidak bersetuju.
Antara posting lain tentang pendapat Qardawi:
1) al-Qardawi: Ulama Awam Lebih Bahaya Dari Ulama Kerajaan
2) al-Qardawi: Majoriti Umat ISlam Aliran Asya'irah
3) al-Qardawi: Islam Risalah Sepanjang Zaman
Tuesday, November 24, 2009
Lautan Dan Lembah Di Planet Marikh?
Sebuah peta baru Marikh yang lebih lengkap menunjukkan pernah wujud lautan luas di sebelah utara dan kawasan lembah di garisan khatulistiwa planet itu, memberi pembayang bahawa planet itu pernah memiliki iklim lembap dan hujan.
Peta yang dihasilkan oleh komputer itu berdasarkan data dari satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), turut menunjukkan rangkaian lembah di planet berwarna merak itu adalah dua kali lebih luas berbanding anggaran sebelum ini.
"Kewujudan lembah menunjukkan berlakunya hakisan akibat hujan, proses sama yang membentuk lembah di planet kita.
"Hanya satu lautan yang wujud di kawasan hemisfera utara menunjukkan mengapa terdapat had di sebelah selatan yang penuh dengan rangkaian lembah," kata seorang profesor geografi di Universiti Northern Illinois, Wei Lou (gambar di bawah).
Katanya, bahagian paling selatan Marikh adalah jauh daripada kawasan berair dan hanya mendapat sedikit hujan dan tidak mempunyai lembah.
Tambah Lou, hujan hanya turun di kawasan laut dan sedikit kawasan darat yang berdekatan sekali gus membentuk kawasan lembah mengelilingi bahagian tengah planet tersebut.
Laporan ini disiarkan dalam Jurnal Penyelidikan Geofizik.
Sejak kapal pemerhati Mariner 9 milik NASA menemui rangkaian lembah di Marikh pada 1971, timbul pertikaian sama ada ia wujud akibat hakisan laluan air hasil daripada kelembapan dan hujan atau melalui cara hakisan air bawah tanah yang boleh berlaku dalam cuaca sejuk dan kering.
Sumber: Utusan dan Northern Illinois University
Friday, November 20, 2009
Siapa Salah?: Antara Ofensif, Neutral dan Konstruktif
Kadang-kadang memang ada orang yang suka mencari salah, ataupun berfikiran ‘ofensif’. Dia suka berfikir tentang mencari siapa yang silap. Dia akan selalu menyakiti hati orang lain,walaupun dia tidak pernah mahu menyakiti hati orang lain.
Gaya fikirnya menumpukan kepada mencari siapa yang bersalah, supaya dia selamat dari sebarang salah, walaupun sememangnya dia tak perlu takut dianggap bersalah. Maka lahirlah komunikasi dan interaksi yang melukakan orang di sekelilingnya.
Jikalau dia mencari fail di pejabat, dia suka bertanya, “Di mana awak letak fail berwarna merah tu?”, padahal dia boleh sahaja berkata, “Di mana fail berwarna merah tu?”.
Manakala pemikiran konstruktif pula adalah pemikiran yang melahirkan kerja berpasukan yang sinergi. Gaya fikir ini berlaku apabila seseorang itu tidak mementingkan ’siapa yang bersalah’, tetapi ‘apa yang boleh kita buat’ atau ‘bagaimana untuk mengatasinya’. Dengan gaya fikir begitu, tutur katanya nanti tidak akan menyakiti hati orang lain.
Berikut adalah beberapa contoh ayat-ayat orang berfikiran ofensif:
“Kenapa awak letak beg ni merata-rata? Saya tersepak tadi!” (Ofensif)
“Bagaimana beg ini boleh berada di sini?” (Neutral)
“Macamana kita nak pastikan pejabat kita tidak bersepah dan merbahaya ya?” (Konstruktif)
“Mana awak letak kertas tadi?” (Ofensif)
“Di mana kertas tadi?” (Neutral)
“Di mana saya boleh dapatkan kertas tadi ye?” (Konstruktif)
Kebiasaannya, orang yang berfikiran ofensif dan mencari salah akan menjadi lebih stress berbanding orang lain. Jika dia ditimpa musibah atau masalah, kebiasaannya dia akan berkata:
“Kenapa Tuhan uji saya begini?” (Ofensif)
“Kenapa saya? Kenapa!” (Ofensif)
“Semuanya tak kena. Takdir / Dunia / Hidup ini memang tidak adil!” (Ofensif menyalahkan hidup/dunia)
“Kenapalah aku ditakdirkan begini…” (Ofensif menyalah-nyalahkan takdir)
Untuk apa kita mempersoalkan ‘kenapa’ Tuhan melakukan sesuatu? Adakah Tuhan perlu memberikan alasanNya kepada kita? Sebaliknya, orang yang neutral-positif akan berkata:
“Apakah hikmah yang Tuhan ingin tunjukkan dalam kejadian ini?” (Neutral-Positif)
Manakala orang yang Konstruktif akan berkata:
“Apa yang boleh/patut aku lakukan untuk menghadapi situasi ini?” (Konstruktif)
“Apa kekuatan/peluang yang aku boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah ini?” (Konstruktif)
“Siapa yang boleh bantu saya selesaikan situasi ini?” (Konstruktif)
“Apakah kebaikan yang saya boleh perolehi selepas saya berjaya selesaikan masalah ini?” (Konstruktif)
Jadi..Siapa yang bersalah?
Sumber: http://kuasamotivasi.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)