Tuesday, June 30, 2009

Prof Dr Yusuf al-Qardawi: Islam risalah sepanjang zaman



Islam adalah risalah bagi setiap zaman dan generasi, bukan risalah yang terhad pada masa yang tertentu yang peranannya habis dengan berakhirnya masa itu, sebagaimana keadaan risalah Nabi-nabi yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa setiap Nabi diutus bagi jangka masa yang tertentu.

Bila tempoh itu habis, maka Allah s.w.t. mengutus pula Nabi yang lain. Adapun Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup para Nabi. Oleh itu risalahnya adalah risalah yang abadi yang berkekalan hingga ke Hari Qiamat dan meliputi seluruh alam. Risalah ini membawa hidayah yang terakhir kepada umat manusia. Jelaslah bahawa tidak ada syariat
selepas Islam, tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak ragu-ragu lagi bahawa Islam adalah risalah masa depan yang abadi dan risalah masa lalu yang jauh. Sesungguhnya pokok i'tiqad dan akhlaknya adalah menjadi risalah bagi tiap-tiap nabi yang diutus dan tiap-tiap kitab yang diturunkan. Maka semua Nabi datang dengan Islam, menyeru Tauhid dan menjauhi Thaghut.

( وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ ( 25
“Dan Kami tidak mengutus seoranng Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawsanya Tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka, sembahlah oleh kamu akan Aku.”
(surah Anbiyä: 25)

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي آُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ
وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ آَيْفَ آَانَ عَاقِبَةُ
( الْمُكَذِّبِينَ ( 36

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah s.w.t. (saja,) dan jauhilah Thaghu’t itu.”
(surah An-Nahli: 36)

Setiap Nabi memberitahu bahawa mereka adalah Muslim dan menyeru kepada Islam.
Nabi Nuh Alaihis’ Salam berkata:

فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللّهِ وَأُمِرْتُ أَنْ أَآُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
(72)

“Dan aku diperintah supaya aku termasuk golonganMuslimin.”
(surah Yunus: 72)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihis’ Salam berkata:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّیَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ
( أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ( 128


“Ya Tuhan Kami jadikanlah kami be orang yang Muslim kepadamu dan ( di antara anak cucu kami Umat yang Muslim
kepada Mu.”

(surah al-Baqarah: 128)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub berwasiat kepada anak-anaknya:
وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَیَعْقُوبُ یَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّینَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ
( وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ( 132

“Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memilih Agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam
memeluk agama Islam.”
(surah al-Baqarah: 132)

Nabi Yusuf Alahis’ Salam berdoa kepada Tuhannya:
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِیلِ الأَحَادِیثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
( أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ( 101

“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkan aku dengan orang-orang yang soleh.”
(surah Yusuf: 101)

Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:

( وَقَالَ مُوسَى یَا قَوْمِ إِن آُنتُمْ آمَنتُم بِاللّهِ فَعَلَيْهِ تَوَآَّلُواْ إِن آُنتُم مُّسْلِمِينَ ( 84
“Hai kaumku, jika kamu berima kepada Allah, maka bertawakkallah kepadaNya sekiranya Kamu benar-benar Muslim.”
(surah Yunus: 84)

Para tukang sihir Fir’aun ketika beriman kepada Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:

وَمَا تَنقِمُ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا بِآیَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءتْنَا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
(126)

“Ya Tuhan Kami, Limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan Muslim kepada Mu”. (surah
al-A’araf: 126)

Nabi Sulaiman Alaihis’ Salam mengutus surat kepada Ratu Balqis dan kaumnya:

( أَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ ( 31

“Janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang Muslim”. (surah
An Naml: 31)

Kaum Hawariyun berkata kepada Nabi Isa Alaihis’ Salam:

“Kami beriman kepada Allah s. w.t. dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim.”
(surah Ali-
Imran: 52)

Sesungguhnya Islam adalah inti risalah setiap Nabi yang datang dan sisi Allah s.w.t. semenjak dan Nabi Nuh Alaihis’ Salam hingga Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah risalah semua zaman.

Friday, June 19, 2009

Tuntutan Gerakan Islam: Fikrah Al-Marhum Sheikh Fathi Yakan


Dakwah Rasulullah S.A.W merupakan suatu Gerakan.

Sebagai landasan yang menguatkan perlunya membentuk suatu Gerakan ialah praktik Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bagaimana caranya baginda dahulu membentuk suatu Negara Islam. (Daulah Islamiyyah). Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam tidaklah berpegang pada cara bekerja secara individu. Semenjak hari pertama dari da’wahnya, Rasulullah begitu mementingkan terbentuknya suatu GERAKAN yang teratur. Untuk kepentingan itu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lebih dahulu memilih tenaga-tenaga teras, untuk dijadikan suatu daya pendorong dalam pelayaran kapal Islam.

Tidak lama kemudian ternyata 'kapal Islam' itu penuh sesak dengan penumpang yang datang dari seluruh penjuru dunia ini. Beritanya memenuhi mata telinga dan hati dunia. Demikianlah usaha Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam selama baginda berda’wah di Mekah.

‘Amal Jama’i adalah kewajiban Agama

Dari keterangan yang tersebut di atas, dapatlah ditegaskan, bahawa bekerja sama untuk menegakkan ajaran Islam, itu merupakan tugas keagamaan. Kita wajib memulai kehidupan menurut Islam. Dan kewajiban ini tidak dapat dilaksanakan tanpa membentuk suatu JAMA’AH (Organisasi). Oleh yang demikian membentuk JAMA’AH untuk memulai gerakan Islam juga hukumnya menjadi wajib.

Dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam begitu banyak perintah supaya kaum Muslimin bersatu, tolong-menolong, dan tegak dalam satu barisan. Kita mulai dengan maksud ayat-ayat Al-Qur’an:

“Hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Ali-’Imran: ayat 104)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Kamu adalah ummat yang terbaik, yang dilahirkan untuk ummat manusia; kamu menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan kamu beriman kepadaAllah.”
(Surah Ali-’Imran: ayat 110)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Kenapa tidak pergi suatu kelompok yang kecil dari tiap-tiap golongan yang besar di antara kamu, untuk memperdalam pengetahuannya tentang agama, dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya, apabila mereka telah kembali kepada kawannya itu, agar supaya kaumnya itu dapat menjaga dirinya.”

(Surah Al-Taubah: ayat 122)

Dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun ‘alaihimassalam bermaksud:

“Allah berfirman: “Kami akan membantu engkau dengan mengutus saudaramu, dan Kami akan memberikan kepada kamu berdua kekuasaan yang besar, sehingga mereka, Fir’aun dan pengikutnya, tidak akan dapat menganiaya kamu berdua. Berangkatlah kamu berdua dengan membawa mu’jizat-mu’jizat Kami. Kamu berdua dan orang-orang yang mengikuti kamu, itulah yang akan menang.”
(Surah Al-Qasas: ayat 35)

“Dan tolong-menolonglah kamu untuk mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan....”
(Surah Al-Ma’idah: ayat 2)

Dan dalam himpunan Hadith di antaranya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

“Hendaklah kamu berada dalam JAMA’AH: kerana sesungguhnya jama’ah itu adalah rahmat, sedang perpecahan itu merupakan siksa.”
(Hadith Riwayat Muslim)

“Barangsiapa yang memecah belah, maka ia tidak termasuk golongan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan JAMA’AH sesungguhnya serigala hanya mahu memakan kambing yang menyendiri.”

(Hadith Riwayat Tabrani)

‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

“Hendaklah engkau berada bersama-sama dengan jema’ah kaum Muslimin dan Imam mereka.” Hudzaifah bertanya: “Bagaimana, ya RasuluLlah, kalau tidak ada Jema’ah dan tidak ada Imam mereka?” Rasulullah Sallalahu ‘alaihi Wasallam menjawab: “Hendaklah engkau berada bersama-sama dengan mereka, walaupun engkau harus menggigit pohon korma, sampai akhirnya engkau dijemput oleh maut dalam keadaan yang demikian.” “Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri dari jema’ah kaum Muslimin, maka bererti ia mati sebagai mati Jahiliyyah.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Monday, June 15, 2009

Sheikh Fathi Yakan: 'Pengembalian' Tokoh Gerakan Islam



Akbar Jazeera menyatakan:

Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.

Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.

Sumber AFP pula menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.

Islamtoday telah menyatakan:

Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:

Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):

بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.
AMIN...