Thursday, July 9, 2009

Pesanan Sheikh Mustafa Masyhur: Apabila Gerakan Dakwah Diuji Dengan Kemenangan


Para pendokong dakwah, biasanya mampu menghadapi bukit-bukit rintangan yang telah lalu yang berupa penolakan manusia, persendaan mereka serta gangguan dan penentangan mereka.

Kekuatan, kemahuan dan jiwa mereka tidak pernah lemah dan luntur walaupun menghadapi kesusahan hidup, kerosakan dan keburukan suasana serta pelbagai gangguan dan penindasan dari pihak yang menentang dakwah.

Sehingga akhirnya Allah menghapuskan kesusahan, kesulitan dan meringankan tekanan dan
gangguan sama ada seluruhnya atau sebahagian daripadanya. Biasanya pertolongan Allah ini akan mengurangi kepayahan dan keletihan serta menimbulkan kerehatan dan kelapangan untuk ketenangan saraf dan ketenteraman jiwa demi memperbaharui kegiatan dan kecergasan.

Di sinilah lahirnya pula satu bukit halangan yang tidak terduga. Ketenangan jiwa, ketenteraman warna suasana penuh kerehatan dan kelapangan kadang-kadang melalaikan kita, lantas kita menyerah kepadanya dan terus terlelap dan enak di dalamnya. Terutamanya apabila kerehatan dan kelapangan itu disertai oleh kemewahan atau kesenangan hidup.

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)


Kadang-kadang orang yang terdedah kepada bentuk rintangan seperti ini akan mencari-cari dan mereka-reka berbagai alasan untuk membenarkan tindakannya yang tidak sesuai dengan harakah dan merugikan dakwah Islam dan jihad. Sikap ini hanyalah semata-mata bertujuan untuk mengurangkan tekanan jiwa lawwamahnya (jiwa yang menyesali).

Akhirnya kerehatan dan kelapangan yang terbuka itu menjadi sempurna tanpa sebarang tekanan. Oleh kerana itu, pendokong dakwah yang benar janjinya kepada Allah dan benar niatnya untuk berdakwah dan telah menjual dirinya dan hartanya kepada Allah, mestilah menyedari dan menginsafi perkara ini dan hendaklah berterusan melepasi rintangan demi rintangan tanpa tersangkut dan tersungkur padanya.

Saudara-saudaranya pula mestilah menarik tangannya dan menolongnya untuk bangkit
kembali meneruskan jihad dan perjuangannya di jalan Allah. Dakwah Islam sentiasa memerlukan usaha dan tenaga yang semaksima supaya bidang dakwah sentiasa subur dan mekar. Alhamdulillah. Kemenangan dan kelapangan yang terluang tadi hanyalah merupakan alat (peluang) untuk memperbaharui kekuatan dan kegiatan baru.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah" Al-A'raaf (7):58

Sunday, July 5, 2009

Di Antara Silsilah Arab dan Utusan Allah Ta'ala.



Jazirah Arab terbentang luas, terletak antara benua Asia dan Afrika. Dengan luas kurang lebih 3,1 juta km2, negeri ini bagaikan titik pusat dunia. Pada masa itu, Jazirah Arab dibahagi kepada lapan bahagian, iaitu: Hijaz, Yaman, Hadhramaut, Muhrah, 'Oman, Al-Hasa, Najd dan Ahqaf.

Hijaz terletak ditepi Laut Merah sebelah Tenggara. Di wilayah inilah terdapat kota Makkah yang ada bangunan Masjidil Haram. Di tengah-tengah masjid ini berdirilah Ka'bah. Rumah suci Ka'bah ini disebut juga dengan "BaitulLah".

Yaman berada di Selatan Hijaz. Disebut Yaman sebab berada di sebelah kanan Ka'bah (yamin). Di Yaman ini ada kota-kota bersejarah yang dilukiskan oleh Al-Qur'an dan Hadits Nabi seperti Saba', Shan'aa, Ma'arib, Hudaidah dan Aden.

Hadhramaut terletak disebelah Timur Yaman dan tepi Lautan Hindi. Muhrah disebelah.Timur dari Hadhramaut. 'Oman di Utara dan bersambung dengan teluk Parsi. Al-Hasa dipantai teluk Parsi dan panjangnya sampai ke tepi sungai Euphrates.

Najd terletak antara Hijaz dan negeri Yamamah. Tanahnya datar dan luas. Di utara bersambung dengan Syam, di Timur dengan Iraq. Ahqaf terletak di selatan, sebelah barat Daya dari 'Oman.

Qabilah-qabilah Arab ini memiliki beberapa jenis kulit sesuai dengan asal keturunan nenek moyang mereka. Yang berkulit putih berasal dari Persia, berkulit kuning dari Cina dan yang berkulit hitam berasal dari Afrika. Ketiga macam jenis kulit itu semuanya berasal dari keturunan Nabi Nuh yang bernama: Sam, Yafits dan Ham. Dan karena bercampur baur, maka semakin beraneka ragamlah jenis kulit manusia di Jazirah ini.

Secara lebih detail bangsa Arab tersebut dibagi dalam tiga bagian berdasarkan asal usulnya:

1. Bangsa Arab Al-'Arabaa', mereka ini yang Ash dari keurunan Iram bin Sam bin Nuh. Puak ini terurai menjadi bangsa-bangsa: 'Aad, Tsamud, Amim, Amil, Thasam, Jadies, 'Imlieq, Jurhum Ula dan Wabar, dari keturunan ini pulalah lahirnya Nabi Isma'il putra Nabi Ibrahim as. Bangsa 'Aad dan Tsamud ini pernah dimusnahkan oleh Allah, sebagaimana termaktub didalam Al-Qur'an.

2. Bangsa Arab Al-'Aaribah keturunan Nabi Hud didaerah Yaman. Mereka ini dikenal dengan bangsa Saba'iyyah (Saba). Ketika tanah Yaman dihanyutkan oleh air bah, kerajaan mereka terpecah menjadi tiga kerajaan.

3. Bangsa Arab Al-Musta'rabah adalah yang ditetapkan sebagai bagsa Arab, mereka adalah keturunan Nabi Ismail as, yang nantinya silsilah beliau sampai kepada Nabi Muhammad SAW.

Rujukan: Kumpulan Peta Siroh Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, July 2, 2009

"Sahabatku di Malaysia": Pesan Terakhir Sayyid Qutb


Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sajak Sayyid Qutb-1966