Thursday, May 14, 2009

Semasa Mengejar Cita...Tak Sangka Terlupa Satu Perkara..

Lahir..

Kanak-kanak bermain..
polis tantri
lom
aci ligan dll

Remaja yang nakal..
gaduh
kacau perempuan
malas belajar

Dewasa mencari ilmu..
UPSR
PMR
SMRA
SPM
Ijazah
Master
PhD

CAri pasangan..
isteri
anak
cucu
cicit

Terlupa satu...

Luahan Rasa Politik Perak...



Kuasa dunia umpama roda...
sekejap di atas sekejap di bawah
sekejap dalam genggaman, sekejap dikebas orang

Kuasa dunia umpama bola di padang...
dikejar-kejar 22 pemain, ditonton-tonton ribuan manusia
hingga terlepas subuh, maghrib dan isyak

Kuasa dunia umpama api pelita...
diserbu kalkatu, tanpa peduli terbakar hangus
minyak kering, hilang cahaya kelam kembali

YA ALLAH KURNIAKANLAH KAMI PEMIMPIN YANG MAMPU MEMIMPIN KAMI KE JALAN-MU, BUKAN PEMIMPIN SEPERTI MAKSUD FIRMAN-MU:

Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan Kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya,”


Surah al-Ahzab (33): 67-68.

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...

Friday, May 8, 2009

Jom Pi Disko Sat.....Syaratnya adalah...

Assalamualaikum...

Jom masuk disko sat. Awat tak boleh pula? Dulu orang agama pun pernah masuk...Buktinya:

1) Al-Syahid Hasan al-Banna pernah masuk disko untuk berdakwah.
2) Majlis Agama pun telah masuk, bahkan diugut untuk disaman pula.

Sebelum masuk disko, jom kita survey video ni dulu.

Syaratnya:

1) Tengok video ni sampai habis.
2) Lepas tengok, jgn lupa istighfar noh.
3) Lepas tu, buat keputusan, nak masuk ke tak...

Thursday, May 7, 2009

Rakaman Video Insiden 2 Speaker DUN Perak

Ini insiden terburuk dalam sejarah pentadbiran dan perundangan di Malaysia. Krisis yang tidak berlaku sebelum ini, kini ia terjadi akibat manusia yang gilakan kuasa.

Seolah-olah 'benarlah' kata pakar motivasi: Nothing Impossible

Perkara yang sebelum ini agak mustahil berlaku kini telah pun berlaku iaitu:

1) Sidang bawah pokok setelah dihalang dilaksanakan di dalam DUN.
2) Polis masuk DUN untuk heret Speaker. Padahal Polis tiada hak.
3) Perak ada 2 Menteri Besar.
4) Perak ada 2 Speaker.

Lihat video yang dirakam dalam DUN Perak di sini.

Khalifah Umar Ibn Aziz: al-Nas 'ala Din Mulukihim (Rakyat akan bergantung dengan amalan keagamaan pemimpin mereka)


YA ALLAH..Selamatkanlah Malaysia dari Pemimpin-pemimpin Yang Gilakan Kuasa..Berikanlah Kami Pemimpin-pemimpin yang Memimpin Berasaskan Agama...

AMIN...

Antara Dua Tuhan, Dua Speaker dan Dua MB...

Keajaiban alam semesta yang teratur ini pasti binasa jika ada 2 Tuhan



Firman Allah Taala dalam Surah al-Anbiya (21): 22 iaitu:

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

Terjemahan:
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

Menurut Abu Muhammad al-Husain al-Baghawi dalam kitab tafsirnya iaitu Ma'alim al-Tanzil, dijelaskan bahawa:

Jikalau ada di langit dan bumi Tuhan selain Allah, nescaya akan rosaklah kedua-duanya, kerana tuhan tersebut akan saling menghalang dan bersaing.

Hal ini kerana, setiap sesuatu yang berasal dari dua pihak atau lebih tidak akan berlaku mengikut peraturan yang teratur. Jadi, Allah telah mensucikan diri-Nya dari keadaan tersebut. Maha suci bagi Allah dari kata-kata kaum musyrik yang adakan sekutu dan anak bagi Allah.


Cuba kaitkan dengan situasi genting yang berlaku di Perak kini. Keadaan porak peranda di sidang DUN membuktikan dari segi logik mustahil di dalam sesuatu organisasi, persatuan, negeri dan negara mempunyai dua ketua yang berjawatan yang sama. Paling kurang pun, ada timbalan ketua. Bukannya 2 ketua.

Detik-detik insiden sebelum wujud 2 Speaker DUN

Gambar Speaker Asal Perak Ditarik dari Tempatnya



Gambar Speaker Asal Perak Diheret sebelum Ada Speaker Kedua

Untuk makluman, kini Perak ada 2 Speaker DUN kerana jawatan Speaker asal belum terlucut dari segi undang-undang...Jadi, ada Speaker Asli dan Speaker Tiruan la nampaknya disamping ada 2 MB. Mahkamah akan tentukan siapa MB sebenar pada Isnin ni...

Berkenaan situasi DUN Perak yang memalukan, sila rujuk pendapat Profesor undang-undang di link ini.

Monday, May 4, 2009

Belajar Bahasa Arab: Ana Uhibbuka Ya Nilam Buri



Mari Belajar...
Bahasa Arab
Bahasa Al-Quran
Bahasa Hadis
Bahasa Nabi Muhammad
Bahasa Syurga
Bahasa Tempat Belajarku...

Ana Atazakkar Nilam Buri...(أنا أتذكر نيلم بوري)
Ana Uhibbuka Ya Nilam Buri.(أنا أحبك يا نيلم بوري)

Thursday, April 30, 2009

Perdebatan Akal dan Analogi dalam al-Quran.


Bismillah wal Hamdulillah...

Dalam surah Qaf, dijelaskan tentang kaum Musyrik Mekah cuba berdebat tentang kebenaran kerasulan nabi s.a.w. dgn berhujah seperti dalam ayat ke-3 ini:

أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا ذَلِكَ رَجْعٌ بَعِيدٌ

Bermaksud:
“Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)”.

Kemudian Allah menjawab dengan firmannya pada surah Qaf ayat 4 hingga 15. Cuba lihat ayat ke 15 ini iaitu:

أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ

Bermaksud:
(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan penciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak, merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan, mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang penciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baru.

Dalam ayat ini, digambarkan lebih kurang macam ini:

Kaum Musyrik Mekah persoal: Muhammad adalah nabi palsu, mana boleh kata orang mati hidup semula sebab badan dah hancur.

Islam menjawab: Apa yang peliknya, Allah berkuasa hidupkan benda yang tak wujud seperti manusia. Dulu manusia tak wujud, tapi Allah mampu hidupkan juga. Apatah lagi nak hidupkan manusia yang mana badannya dah ada (cuma hancur ja, tapi masih ada), lagi la mudah.




Menurut Tafsir Ibn Kathir, ayat di atas ditafsirkan, Allah berfirman: Adakah Kami lemah nak hidupkan semula benda yang sudah pun dijadikan? Sesungguhnya mewujudkan perkara yg sebelumnya belum ada tidak pula menyusahkan kami, apatah lagi nak kembalikan semula benda yang pernah ada, tentulah ia lebih mudah. Firman Allah:

وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ

Surah al-Rum, ayat 27 bermaksud:
Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang pelaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Firman Allah lagi:

وَضَرَبَ لَنَا مَثَلا وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنْشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ


Surah Yasin, ayat 78-79 yg bermaksud:
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?” Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya, dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Inilah perdebatan akal yang sihat yang digambarkan di dalam al-Quran. Hanya akal yang benar-benar bersih yang akan terima kebenaran Islam. Firman Allah Taala:

وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآَنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Surah al-Zumar ayat 27 bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.

Telah Datanglah Kebenaran dan Telah Hancurlah Kebatilan..