Keajaiban alam semesta yang teratur ini pasti binasa jika ada 2 Tuhan
Firman Allah Taala dalam Surah al-Anbiya (21): 22 iaitu:
لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Terjemahan:
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
Menurut Abu Muhammad al-Husain al-Baghawi dalam kitab tafsirnya iaitu Ma'alim al-Tanzil, dijelaskan bahawa:
Jikalau ada di langit dan bumi Tuhan selain Allah, nescaya akan rosaklah kedua-duanya, kerana tuhan tersebut akan saling menghalang dan bersaing.
Hal ini kerana, setiap sesuatu yang berasal dari dua pihak atau lebih tidak akan berlaku mengikut peraturan yang teratur. Jadi, Allah telah mensucikan diri-Nya dari keadaan tersebut. Maha suci bagi Allah dari kata-kata kaum musyrik yang adakan sekutu dan anak bagi Allah.
Cuba kaitkan dengan situasi genting yang berlaku di Perak kini. Keadaan porak peranda di sidang DUN membuktikan dari segi logik mustahil di dalam sesuatu organisasi, persatuan, negeri dan negara mempunyai dua ketua yang berjawatan yang sama. Paling kurang pun, ada timbalan ketua. Bukannya 2 ketua.
Detik-detik insiden sebelum wujud 2 Speaker DUN
Gambar Speaker Asal Perak Ditarik dari Tempatnya
Gambar Speaker Asal Perak Diheret sebelum Ada Speaker Kedua
Untuk makluman, kini Perak ada 2 Speaker DUN kerana jawatan Speaker asal belum terlucut dari segi undang-undang...Jadi, ada Speaker Asli dan Speaker Tiruan la nampaknya disamping ada 2 MB. Mahkamah akan tentukan siapa MB sebenar pada Isnin ni...
Berkenaan situasi DUN Perak yang memalukan, sila rujuk pendapat Profesor undang-undang di link ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment