Monday, May 18, 2009
'Hari-hari' adalah Hari Ibu...Sebelum Terlambat...
Berapa kos yang ibu gunakan untuk besarkan kita?
Susu
Pampers
Mainan
Pakaian
Belajar
dll...hingga umur kini...
Berapa kali ibu terbangun malam bila terdengar tangisan kita?
Berapa kali ibu tidak makan kerana utamakan suapan kita?
Berapa kali kita mengganggu waktu kemesraan ibu bapa kita?
Berapa kali ibu menangis apabila kita mendapat sakit?
Berapa kali ibu pukul kita lepas tu menangis pula di belakang kita?
Berapa kali.....berapa kali......berapa kali....
Sangat banyak...
Tidak ternilai...
Firman Allah Taala:
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (24)
Terjemahan:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)(25)
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(24)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment