Tuesday, May 26, 2009
Mintalah Bantuan Dengan Kesabaran dan Dengan Sembahyang
Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah (2): 45-46:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ (45) الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (46)
Bermaksud:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Menurut Tafsir Ibn Kathir, Muqatil Ibn Hayyan mengatakan bahawa ayat ini merujuk kepada perintah dari Allah yang menyeru hambanya agar memohon nikmat Akhirat dengan bersabar dengan segala perkara fardu dan melakukan solat. Dikatakan juga oleh Mujahid, sabar itu merujuk kepada berpuasa.
Mungkin sebab ini, kita dianjurkan berpuasa sebelum memohon hajat kepada Allah di samping melakukan solat hajat
Menurut Ibn Kathir lagi, solat merupakan ibadat yang sangat berat dilakukan melainkan orang yang khusyuk. Ibn 'Abbas mengatakan org yang khusyuk bermaksud golongan siddiq yang membenarkan wahyu Allah. Mujahid pula mengatakan mereka mukmin yang sejati. Abu al-'Aliyah kata mereka adalah golongan khusyuk dan takut (pada Allah). Mereka juga golongan yang tawaduk menurut Muqatil Ibn Hayyan.
YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI HAMBA-MU YANG KHUSYUK, TAWADUK, RENDAH DIRI DAN MUKMIN SEJATI....AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment