Tuesday, March 31, 2009

Lelaki Wanita: Perlukah Wujud Aliran Maskulinisme dan Feminisme?



Terdapat beberapa kecenderungan di kalangan wanita yang terlalu 'taksub' kepada kewanitaan mereka hingga wujud aliran Feminisme Liberal, Feminisme Radikal dan Feminisme Marxis Sosialis (Rujuk Isu-isu Gender: Perspektif Ulama al-Azhar).

Begitu juga lelaki yang menyalahgunakan title qawwam 'ala al-nisa untuk menindas wanita. Sedangkan ulama mentafsirkan title tersebut sebagai kuasa memimpin yang akan dipertanggungjawabkan. Bukan sewenang-wenangnya guna kuasa veto ala negara polis Amerika Syarikat.



Barangkali sikap-sikap ini timbul disebabkan kejahilan mereka tentang bidang tugas masing-masing berdasarkan nature mereka.

Firman Allah SWT di dalam kisah Maryam iaitu:


فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى


Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki)", dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkan itu dan tidaklah sama anak lelaki dengan anak perempuan.
(Surah Ali Imran (3): 36)

Antara perbezaan tersebut:

1) Kanak-kanak perempuan lebih bersifat keibuan, sukakan anak patung berbanding kanak-kanak lelaki yang agresif.

2) Wanita melihat secara penglihatan mencapah, sedangkan lelaki penglihatan terfokus. Sebab tu, lelaki kekadang terlupa barang, si wanita pula yang mengingatkan.



3) Kerangka perempuan lebih ringan dari kerangka lelaki yang menjadikannya kurang keupayaan dalam pergerakan dan tindakan berbanding lelaki. Sendi-sendinya lebih lemah berbanding lelaki dengan kadar 1/3 akan tetapi melebihi lelaki dengan satu-satunya sel yang mempunyai banyak kandungan darah.

4) Otak lelaki 100gm lebih berat daripada otak perempuan dan nisbah berat otak lelaki kepada badannya ialah 1/40 serta perempuan ialah 1/44. Otak juga terbahagi kepada beberapa bahagian; bahagian 'kemahuan' dan 'kehendak' dalam otak wanita adalah paling kecil akan tetapi perasaan dan emosi melebihi kaum lelaki.

5) Dada dan peparu wanita tak seluas dada lelaki tetapi pernafasan wanita lebih cepat berbanding lelaki. Jantung wanita juga lebih kecil tetapi denyutannya lebih cepat daripada denyutan jantung lelaki.

6) Menurut kajian ahli perubatan, wanita adalah lebih rendah dari lelaki walau apa jenis sekalipun wanita tersebut dan purata antara ketinggian lelaki dan wanita selepas sempurna pertumbuhan adalah 10cm.



Banyak lagi beza yang wujud, namun, para Ulamak telah bersepakat menyatakan bahawa wanita menyamai lelaki dari sudut kewajipan, kemuliaan, dan tanggungjawab.

Perlu diketahui juga bahawa kita semua adalah pelengkap antara satu sama lain. Tidak sempurna hidup jika tiada sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain.

Namun, perlu diingat, biarlah lelaki dan wanita bertindak melalui nature-nature mereka tersendiri..

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan.
(Surah Al-Maidah (5):2)

No comments: