Sunday, March 1, 2009

Wanita Begitu Malang…. Muhammad Qutb


Assalamualaikum..

Menurut Ulama Islam, Muhammad Qutb, sebelum ini wanita-wanita di Eropah dan dunia seluruhnya dipandang sebagai:

1)Selaku makhluk-makhluk yang tidak mempunyai sebarang hak dan nilai.

2)Ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli falsafah di zaman itu sibuk berbincang di antara sesama mereka sama ada wanita itu mempunyai roh atau tidak mempunyai roh, dan seandainya wanita itu mempunyai roh, maka adakah roh itu merupakan roh kemanusiaan atau roh kebinatangan dan seandainya wanita itu dianggap mempunyai roh kemanusiaan, maka adakah kedudukan sosial dan kemanusiaannya itu sama dengan kedudukan seorang hamba kepada lelaki atau sedikit lebih tinggi dan itu?

3)Pada zaman-zaman gemilang, perempuan menikmati kedudukan sosial yang tinggi di dalam masyarakat Greek dan Empayar Roman. Namun, kedudukan sosal yang tinggi itu hanya dapat dirasai oleh wanita-wanita ibu kota saja yang bertugas selaku hiasan majlis-majlis keraian dan selaku alat-alat kemewahan di majlis-majlis hartawan hartawan dan pembesar-pembesar yang begitu berhasrat untuk berbangga-bangga dan berfoya-foya.

4)Kedudukan wanita juga tidak berubah di zaman-zaman perhambaan dan feudal di negeri-negeri Eropah. Wanita-wanita yang hidup dalam kejahilan pada waktu itu dimanja-manjakan sebagai alat mewah dan memuaskan nafsu syahwat. Mereka dibiarkan hidup seperti haiwan yang makan minum, mengandung, melahirkan anak dan bekerja siang dan malam.

Untungnya wanita di dalam ISlam..

No comments: