Sunday, March 15, 2009

Penggunaan Nama Allah, Langkah Awal Menjadi Seperti Indonesia?



Kini masalah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar Kristian, timbul kembali setelah ia timbul sekitar tahun 2006/07. Ini barangkali langkah awal suatu bahaya yang akan timbul di Malaysia. Cuba bandingkan dengan keadaan di Indonesia yang kini diserang Pluralisme Agama dan Islam Liberal . Rujuk gambar-gambar ini:



Gambar di atas ini ialah rukuk yang diamalkan oleh penganut Kristian setelah digabungkan dengan cara Islam.



Gambar di atas pula nasyid yang dibuat di gereja. Nampak macam islamik ja.



Gambar di atas nampak macam imam ja pakai jubah dan kopiah. Kalau dia tak pakai salib pasti keliru. Lihat juga gambar di bawah.



GAmbar di bawah ialah kitab BIble yang menyerupai kitab al-Quran. Kaedah Missionary ni mungkin dah ada di MAlaysia.



Bagi umat ISlam, pengaruh Pluralisme dan Islam Liberal ini perlu dibanteras. Kalau kita perasan, pernah di MAlaysia, anak bekas pemimpin tertinggi Malaysia pernah jemput ketua-ketua agama yang lain datang mendoakan ahli keluarganya sembuh. Inilah pengaruh Pluralisme Agama yang sudah pun menyerang Indonesia.

Kita mengakui terdapat pendapat yang membenarkan, namun, mudah-mudahan langkah kerajaan yang menyekat penggunaan Allah tersebut akan menepati satu analogi mudah:

''Kita jangan beri 'jalan' pada mereka, jika beri juga, mereka akan gunakan 'jalan' tersebut untuk buat lebuh raya, federal highway, taman perumahan, kedai-kedai, pasar-pasar, universiti-universiti dan sebagainya''.

Ertinya, jika penggunaan ini dibenarkan, kes pertama ini akan dijadikan hujah untuk kes kedua, ketiga dan ke ke seterusnya. Pada waktu tersebut, kita sudah terlewat.

Wassalam.

No comments: