Saturday, March 7, 2009

Semarakkan Dakwah Darul Aman


Sambutan terhadap Sukarelawan LANDAS menggalakkan

Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan iaitu YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib.

Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Kamaruddin Kassim berkata, selama 11 bulan, beliau diamanahkan sebagai Penyelaras (Koordinator) Urusetia Menangani Gejala Sosial dan program yang sedang berjalan ialah Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS).

”Saya menggunakan rumah sendiri sebagai pejabat urusetia dan semua perbelanjaan pengurusan dengan wang peribadi,” jelasnya.

Beliau turut mengucapkan Jazakumullahu Khairan Jazaa' di atas respon melalui telefon dan email untuk menjadi sukarelawan dan kesanggupan penyertaan anda dan komitmen aktivis pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta individu-individu yang berminat, yang sangat menyayangi generasi muda yang mangkin serius terjebak dalam gejala sosial khususnya di negeri Kedah Darul Aman.

Ujarnya, pihak urusetia juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas pengorbanan dan kesanggupan anda para pelajar IPT dengan menggunakan wang saku sendiri membiayai tambang perjalanan, penginapan dan makan.


Buat masa ini, katanya, pihak urusetia tidak dapat menerima permohonan ramai sukarelawan untuk bertugas di bahagian pentadbiran Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah disebabkan masih belum ada pejabat pengurusan yang disediakan.

”Pihak urusetia terpaksa bergerak menggunakan semua kemudahan premis sendiri dan perbelajaan peribadi dan oleh itu, pihak kami memohon kemaafan kerana tidak dapat menerima anda untuk membantu melincinkan pentadbiran urusetia,” katanya.


Pihak urusetia juga tidak pernah mengenakan sebarang bayaran penyertaan anda semua untuk mengikuti program LANDAS kecuali peserta sukarelawan terpaksa menggunakan perbelanjaan sendiri untuk tambang, makan, dan penginapan.

”Pihak kami juga tidak menjangkakan sambutan untuk mengikuti program LANDAS semangkin menggalakkan dan pihak kami hanya dapat menerima penyertaan daripada pelajar IPT dan individu-individu berminat sebagai aktivis secara berperingkat-peringkat dan mengikut jadual yang ditetapkan,” ujarnya.

Untuk makluman semua sukarelawan, Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah tidak membayar apa-apa elaun petugas-petugas urusetia untuk program LANDAS.

”Mereka sanggup berkorban wang saku mereka untuk program LANDAS, walapun mereka hanya pelajar dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan yang tetap dan saya mengucapkan syabas untuk semua yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program LANDAS serta mudah-mudahan Allah S.W.T. akan mempermudahkan jalan hidup anda demi kesejahteraan umat dan masa depan Islam,” katanya.

No comments: