Thursday, April 30, 2009
Perdebatan Akal dan Analogi dalam al-Quran.
Bismillah wal Hamdulillah...
Dalam surah Qaf, dijelaskan tentang kaum Musyrik Mekah cuba berdebat tentang kebenaran kerasulan nabi s.a.w. dgn berhujah seperti dalam ayat ke-3 ini:
أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا ذَلِكَ رَجْعٌ بَعِيدٌ
Bermaksud:
“Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)”.
Kemudian Allah menjawab dengan firmannya pada surah Qaf ayat 4 hingga 15. Cuba lihat ayat ke 15 ini iaitu:
أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ
Bermaksud:
(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan penciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak, merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan, mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang penciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baru.
Dalam ayat ini, digambarkan lebih kurang macam ini:
Kaum Musyrik Mekah persoal: Muhammad adalah nabi palsu, mana boleh kata orang mati hidup semula sebab badan dah hancur.
Islam menjawab: Apa yang peliknya, Allah berkuasa hidupkan benda yang tak wujud seperti manusia. Dulu manusia tak wujud, tapi Allah mampu hidupkan juga. Apatah lagi nak hidupkan manusia yang mana badannya dah ada (cuma hancur ja, tapi masih ada), lagi la mudah.
Menurut Tafsir Ibn Kathir, ayat di atas ditafsirkan, Allah berfirman: Adakah Kami lemah nak hidupkan semula benda yang sudah pun dijadikan? Sesungguhnya mewujudkan perkara yg sebelumnya belum ada tidak pula menyusahkan kami, apatah lagi nak kembalikan semula benda yang pernah ada, tentulah ia lebih mudah. Firman Allah:
وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ
Surah al-Rum, ayat 27 bermaksud:
Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang pelaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Firman Allah lagi:
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلا وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنْشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ
Surah Yasin, ayat 78-79 yg bermaksud:
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?” Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya, dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
Inilah perdebatan akal yang sihat yang digambarkan di dalam al-Quran. Hanya akal yang benar-benar bersih yang akan terima kebenaran Islam. Firman Allah Taala:
وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآَنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Surah al-Zumar ayat 27 bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
Telah Datanglah Kebenaran dan Telah Hancurlah Kebatilan..
Sunday, April 26, 2009
Anak Dibelasah VS Anak Dikekalkan Kafir...Mana Lebih Teruk?
Memang sudah jelas, kita SEPAKAT orang yang belasah budak memang sukar dimaafkan, sangat mendukacitakan dan perlu dihukum..
Tapi sebenarnya, anak yang dikekalkan menjadi kafir meskipun bapanya telah mengislamkannya, bagi saya, ia lebih sangat mendukacitakan, sangat menyedihkan dan inilah masalah hukum...
Apabila Hukum Islam tidak didaulatkan...
Masalah inilah, perlulah lagi diSEPAKATi
Sekadar perbandingan emosi...
WAllahua'lam
Isu Anak Kekal Non Muslim...Apa Kata Ulama?
Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:
Pandangan Pertama:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah.
Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.
Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:
الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .
Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."
Pandangan Kedua:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.
Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah.
Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.
Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.
Begitu juga jika dirujuk kepada syarat Hadanah (penjagaan anak) iaitu:
a) Berakal.
b) Islam. Kanak-kanak tersebut mesti ikut salah seorang ibu atau bapanya yang memeluk Islam kerana orang kafir tidak berhak menjaga kanak-kanak Islam. Hadanah merupakan hak kekuasaan, jadi orang kafir tidak berkuasa terhadap orang Islam. Hal ini kerana, mungkin mereka akan pengaruhi kanak-kanak itu keluar Islam. Namun, jika kanak-kanak itu kafir, maka dibolehkan sama ada penjaga itu kafir atau Islam.
c) Iffah dan amanah iaitu tidak fasiq.
d) Bermukim.
e) Ibu tidak berkahwin lain.
f) Tiada penyakit yang jejaskan penjagaan.
Meskipun isu yang disentuh adalah status agama anak, ia juga ada kaitan dengan Hadanah. Jika kelak nanti ada pertikaian penjagaan anak, cara menentukan sama ada syarat Hadanah dipenuhi atau tidak perlu dilihat melalui:
a) Pengakuan penjaga itu sendiri bahawa diri tidak layak seperti berpenyakit.
b) Ada bantahan dari orang lain yang mendakwa penjaga tidak layak dengan bukti yang kukuh.
c) Keputusan hakim yang meragui syarat-syarat Hadanah tidak dipenuhi dan dipastikan melalui penyiasatan.
Jadi, dapat difahami bahawa setelah anak peluk Islam, hak Hadanah diserah kepada si penjaga yang muslim. Ia juga berkait rapat dengan status agama anak yang dikhuatiri dipengaruhi agar keluar Islam. Bagi menentukan sama ada mereka layak atau tidak maka ia bergantung kepada pengakuan, bantahan kukuh dan hakim mahkamah.
Situasi kini dapat lihat keputusan yang agak mengecewakan yang diluahkan oleh Mufti Perak dan lebih 100 NGO Islam setelah keputusan Kabinet tanpa perbicaraan yang putuskan agama anak kekal berada dalam Hindu. Tidak patut keputusan diputuskan tanpa ada perbicaraan mahkamah.
Rujukan:
1) Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan 'Ali al-Sharbaji, al-Fiqh al-Manhaji (Manhaj Fiqh al-Shafii).
2) al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah
3) Kitab al-Majmu'
4) Kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifah Alfaz al-Minhaj.
Maklumat lengkap tentang cadangan penyelesaian, rujuk link.
Lihat juga bantahan NGO Islam, Majlis Peguam Syarie dan Ulama Malaysia rujuk link.
Saturday, April 25, 2009
Kekal Agama Anak..Hukum Akidah dan Fekah Celaru Habis?
Kata Saidina Umar al-Khattab: Kita adalah kumpulan yang dimuliakan Allah dengan agama Islam...Jadi, Tatkala kita cari kemuliaan selainnya, maka akan dapat penghinaan dari Allah.
Berhubung dengan isu pengekalan agama asal kanak-kanak kepada agama Hindu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sebarang keputusan membabitkan agama Islam sepatutnya dibincangkan dengan Majlis Mufti-Mufti Malaysia terlebih dahulu.
Sambil menyatakan dukacitanya dengan keputusan Kabinet berkaitan isu anutan anak-anak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama kepada Islam, beliau berkata, jika keputusan itu dikekalkan, ia menimbulkan kekeliruan kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
”Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu bukan Islam memeluk Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak itu berumur lebih 15 tahun,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kabinet berhubung isu pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa memeluk agama lain.
Semalam, Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
Keputusan itu merujuk kepada mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya Mahkamah Syariah.
Mufti Harussani berkata, agama Islam tidak seharusnya dikorbankan hanya kerana mahu memuaskan kehendak pihak-pihak tertentu.
”Jangan korbankan agama, akidah dan kepercayaan kita untuk hanya melayan atau menyenangkan orang lain dalam perkara ini,” katanya.
Di samping itu, lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantah keputusan Kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.
Allahummansur al-Islam wa al-Muslimin fi Kulli Makan wa Zaman. AMIN...
Wednesday, April 22, 2009
Ana Berjaya Jawab, Anta Peluk Islam...Setuju?
Ketika berada di Baghdad, Sheikh Hatim al-Asham diberitahu terdapat seorang Yahudi yang pandai berdebat hingga berjaya menewaskan ramai ulama. Akhirnya, beliau bersedia berdebat dengan Yahudi tersebut.
Apabila kedua-duanya sudah bersedia, maka bertanyalah si Yahudi kepada Sheikh Hatim beberapa soalan iaitu:
1. Apakah perkara yang tidak diketahui oleh Allah?
2. Apakah perkara yang tiada di sisi Allah?
3. Apakah yang tiada di dalam perbendaharaan Allah?
4. Apakah yang diminta oleh Allah daripada hamba-hamba-Nya?
Setelah si Yahudi habis bertanya, Sheikh Hatim menjawab: Jika aku berjaya menjawab semua persoalanmu, sanggupkah kau memeluk agama Islam?
Si Yahudi: Ya.
Jadi, persoalan-persoalan yang diajukan dan jawapan balas secara lengkap adalah seperti berikut:
Si Yahudi: Apakah perkara yang tidak diketahui oleh Allah?
Sheikh Hatim: Perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah sekutu-Nya dan anak-Nya yakni Allah tidak mempunyai sekutu dan anak.
Si Yahudi: Apakah perkara yang tiada di sisi Allah?
Sheikh Hatim: Perkara yang tiada pada Allah ialah kezaliman kerana Allah tidak menzalimi hamba-Nya dengan sesuatu.
Si Yahudi: Apakah yang tiada di dalam perbendaharaan Allah?
Sheikh Hatim: Yang tiada di dalam perbendaharaan Allah ialah kepapaan kerana Allah berfirman:
وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ
Yang bermaksud: Allah itu Maha Kaya dan kamu itu fakir.
(Surah Muhammad, ayat 38)
Si Yahudi: Apakah yang diminta oleh Allah daripada hamba-hamba-Nya?
Sheikh Hatim: Yang diminta oleh Allah daripada hamba-Nya ialah membayar hutang kepada-Nya. Allah berfirman:
وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
Yang bermaksud: Dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik
(Surah al-Muzammil, ayat 20.)
Ia bermaksud Allah menamakan sedekah dan amalan soleh orang beriman yang mengharapkan pahala yang dijanjikan-Nya itu sebagai pinjaman/hutang, dan menyerahkan amalan kepada Allah dengan harapan untuk memperolehi pahala itu dianggap sebagai memberi pinjaman/hutang kepada Allah Taala.
(Penulis tambah: Menurut Tafsir Ibn Kathir, ia bermaksud sedekah yang akan diberi ganjaran yang lebih baik dan lebih banyak. Manakala menurut Tafsir al-Tabari, ia bermaksud, berilah infak daripada harta-harta kamu di jalan Allah.)
Dengan jawapan-jawapan tersebut, Si Yahudi itu pun memeluk Islam pada saat itu juga.
Telah Datang Kebenaran dan Hancurlah Kebatilan.
Monday, April 20, 2009
Non Muslim Baca al-Quran..Syaratnya adalah...
Berdasarkan sejarah Islam, terdapat individu yang telah membaca ayat al-Quran sebelum masuk Islam iaitu:
1. Saidina 'Umar al-Khattab membaca ayat Surah Toha semasa masih kafir, yang akhirnya membawa beliau memeluk Islam.
2. Maharaja Najasyi pemerintah Kristian dari Habsyah membaca ayat Surah Maryam yang akhirnya beliau beriman kepada Allah.
3. Selain membaca, di kalangan mereka juga ada yang mengkaji al-Quran sehingga mereka menemui hidayah Allah.
Pengarang kitab فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن iaitu Dr Ahmad Salim menyebut dalam kitabnya , terdapat dua pendapat dalam perkara ini:
Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah dari orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali.
Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.
Ini adalah mazhab Syafie. Pengarang kitab حاشية البجيرمي mensyaratkan supaya orang kafir tersebut diharap untuk masuk Islam.
Apabila dilihat dalam kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie ditemui seperti berikut:
Imam Ramli dalam kitabnya نهاية المحتاج berkata:
“Orang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.”
Pengarang kitab مغني المحتاج Imam Muhammad as-Syarbini telah berkata:
“ Perkara kedua yang dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran bagi orang muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi.”
Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب :
“Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk duduk di mesjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid.”
Kalau kita lihat, sebab kepada tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah sebab yang sama iaitu mereka tidak percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran.
Rujukan:
1. Dr Ahmad Salim فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن .
2. Imam Ramli نهاية المحتاج
3. Imam Muhammad as-Syarbini مغني المحتاج
4. Al-Bujairimi حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب
*Maklumat lanjut.
Friday, April 17, 2009
Baling Batu: Kafir Zindik vs Orang Tua
Assalamualaikum...
Saya teringat, saya pernah terbaca sebuah cerita ketika belajar di Sekolah Menengah Agama al-Nahdzah, Bukit Besar Kedah...Cerita ini juga saya temui dalam sebuah majalah berunsurkan Islam terbaru...ceritanya macam ni:
Pada suatu hari orang kafir zindiq mengajukan beberapa soalan kepada seorang lelaki tua (kalau tak silap ia seorang ahli sufi, wAllahua'lam) dengan tujuan untuk mempersendakannya.
Soalan pertama: Saya TIDAK DAPAT MELIHAT Allah, bagaimanakah saya perlu beriman kepada Allah?
Soalan kedua: Macam mana Allah boleh menghisabku dan menjatuhkan hukuman kepadaku sedangkan segala perbuatanku telah diTAKDIRkan?
Soalan ketiga: Macam mana JIN BOLEH DISEKSA DENGAN API di neraka pula, sedangkan jin tu daripada api juga?
Ha...jawab-jawab? (ni saya tambah);p
Tapi yang peliknya, orang tua tu tak jawab pula, sebaliknya dia ambil tanah liat, kemudian dia tengalung (baling) ke arah tiga orang kafir tersebut...
Sebab tak puas hati, mereka mengadu kepada pihak berkuasa, maka orang tua tu pun dibicarakan.
Hakim bertanya: Kenapa kamu tidak menjawab soalan mereka tetapi menyakiti mereka pula?
Orang tua: Sebenarnya saya telah menjawab soalan mereka yang mengatakan TIDAK DAPAT MELIHAT ALLAH dengan tanah liat tersebut.
Kafir Zindik menyampuk: Kau telah menyakiti badanku dengan tanah liat tersebut.
Orang tua: Jika kamu berasa sakit, maka tunjukkan kepadaku di manakah rasa sakit tersebut? JIka kamu tidak dapat tunjuk kepadaku di mana sakit itu maka sakit itu tak wujud.
Sambung orang tua lagi: Kamu menyatakan juga kenapa Allah menghisab dan menghukum kamu sedangkan perbuatan kemu telah ditakdirkan, jadi aku baling tanah tu pun merupakan takdir Allah juga, kenapa kamu perlu mengeluh?
Sambung lagi: Kamu juga menyatakan macam mana Allah boleh seksa jin sedangkan api neraka dan jin tu merupakan unsur yang sama. Kamu dicipta daripada tanah, jadi, bukankah tanah liat yang aku baling tadi telah membuatkan kamu rasa sakit?
Telah datang kebenaran dan telah hancurlah kebatilan...
WAllahua'lam...
Monday, April 13, 2009
Perdebatan Akal Imam Hanafi dan Atheis.
Assalamualaikum..
Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan mulhid (athies) dan bid'ah. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda. Ceritanya begini:
Seorang Dahri atau Mulhid (athies) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama berdebat dengan mengatakan: Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat.
Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai: Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdebat denganku?
Mereka menjawab: Ada, beliau bernama Sheikh Hammad.
Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya.
Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya.
Gurunya menjawab: Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk.
Imam Abu Hanifah: Apa yang Tuan Guru mimpikan?
Sheikh Hammad: Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.
Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya.
Sheikh Hammad: Ta'birkanlah wahai Nu'man (nama sebenar Imam Abu Hanifah).
Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.
Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.
Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?
Imam Abu Hanifah menjawab: Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.
Si Dahri: Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina.
Imam Abu Hanifah: Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:
Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
Surah al-Mujadalah, (58): 11.
Si Dahri: Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?
Imam Abu Hanifah: Aku akan menjawab dengan Tawfiq Allah.
Si Dahri pun mula bertanya: Adakah Allah itu Wujud?
Imam Abu Hanifah: Ya.
Si Dahri: Di mana?
Imam Abu Hanifah: Allah tidak bertempat.
Si Dahri: Bagaimana mungkin Dia Wujud tapi tidak bertempat?
Imam Abu Hanifah: Dalilnya ada pada diri anda.
Si Dahri: Mana dia?
Imam Abu Hanifah: Bukankah kamu mempunyai nyawa?
Si Dahri: Memang.
Imam Abu Hanifah: Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?
Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan: Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?
Si Dahri: Ya.
Imam Abu Hanifah: Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?
Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah: Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini.
Si Dahri menyoal lagi: Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?
Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya.
Si Dahri: Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang maujud dan tiada sesuatu selepasnya?
Imam Abu Hanifah: Buktinya ada pada anggota badanmu.
Si Dahri: Apa dia?
Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.
Si Dahri: Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan.
Imam Abu Hanifah: Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya.
Si Dahri: Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?
Imam Abu Hanifah: Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah.
Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi. Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.
Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.
Rujukan:
Sheikh Zainal Abidin Muhammad al-Fatani (2007), Aqidah al-Najin fi 'Ilm Usuliddin (Aqidah Kaum Terselamat Dari Sesat & Bid'ah), Singapura: Pustaka Nasional.
Sunday, April 12, 2009
Keputusan Lengkap % Undian di Bukit Gantang
Assalamualaikum.
Khas bagi peminat perkembangan politik negara, ini adalah maklumat lengkap mengikut unit peti undi bagi pengundian kawasan parlimen Bukit Gantang.
Sesiapa yang terer nak buat muhasabah atau nak bina kekuatan berterusan atau kekuatan semula tu, boleh la jadikan ini sebagai rujukan.
Keputusan DUN TRONG
Antara perkembangan menarik ialah, keputusan di DUN Changkat Jering yang mana YB kawasan tersebut iaitu YB Mohd Osman Mohd Jailu yang telah lompat ke BN turut mengalami kekalahan teruk.
Ini mungkin membayangkan, tindakan beliau yang membantu tertubuhnya kerajaan baru Perak tidak mendapat restu rakyat..WAllahua'lam..
Begitu juga majoriti di kalangan bukan Melayu yang mengundi PAS dan sebaliknya majoriti melayu pula mengundi UMNO sudah pasti mengundang persoalan menarik di benak hati korang.
Keputusan DUN Changkat Jering
Berdasarkan maklumat, undi kaum Melayu kepada PAS di kampung dan pedalaman telah menurun berbanding undi Melayu yang berada di bandar yang telah meningkat kepada PAS.
Ini juga pasti mengundang tafsiran yang mengatakan, jika rakyat mendapat maklumat, sudah pasti mereka juga akan mengundi PAS..Ni pun WAllahua'lam.
Keputusan DUN Kuala Sepetang
Kekawan juga boleh bandingkan keputusan undi kali ini dengan keputusan PRU sejak tahun 1990 melalui link di bawah. Cuba lihat aliran pengundian mengikut kaum dan zaman.
Sudah pasti menarik, contohnya terdapat pertandingan di antara orang Melayu dan orang Cina, tapi dimenangi Cina. Ini menandakan orang Melayu juga tak segan mengundi Cina walau di kawasan majoriti Melayu. Begitulah juga sebaliknya..WAllahua'lam.
Sumber asal dan sampingan:
http://misabah.blogspot.com/ (Sumber gambar)
http://www.utusan.com.my/ (Sumber maklumat)
http://www.prk059.pas.org.my/ (Keputusan pilihanraya ke-12)
http://www.prk059.pas.org.my/(keputusan sejak tahun 1990)
http://intanhijau.blogspot.com/ (Sumber maklumat)
Khas bagi peminat perkembangan politik negara, ini adalah maklumat lengkap mengikut unit peti undi bagi pengundian kawasan parlimen Bukit Gantang.
Sesiapa yang terer nak buat muhasabah atau nak bina kekuatan berterusan atau kekuatan semula tu, boleh la jadikan ini sebagai rujukan.
Keputusan DUN TRONG
Antara perkembangan menarik ialah, keputusan di DUN Changkat Jering yang mana YB kawasan tersebut iaitu YB Mohd Osman Mohd Jailu yang telah lompat ke BN turut mengalami kekalahan teruk.
Ini mungkin membayangkan, tindakan beliau yang membantu tertubuhnya kerajaan baru Perak tidak mendapat restu rakyat..WAllahua'lam..
Begitu juga majoriti di kalangan bukan Melayu yang mengundi PAS dan sebaliknya majoriti melayu pula mengundi UMNO sudah pasti mengundang persoalan menarik di benak hati korang.
Keputusan DUN Changkat Jering
Berdasarkan maklumat, undi kaum Melayu kepada PAS di kampung dan pedalaman telah menurun berbanding undi Melayu yang berada di bandar yang telah meningkat kepada PAS.
Ini juga pasti mengundang tafsiran yang mengatakan, jika rakyat mendapat maklumat, sudah pasti mereka juga akan mengundi PAS..Ni pun WAllahua'lam.
Keputusan DUN Kuala Sepetang
Kekawan juga boleh bandingkan keputusan undi kali ini dengan keputusan PRU sejak tahun 1990 melalui link di bawah. Cuba lihat aliran pengundian mengikut kaum dan zaman.
Sudah pasti menarik, contohnya terdapat pertandingan di antara orang Melayu dan orang Cina, tapi dimenangi Cina. Ini menandakan orang Melayu juga tak segan mengundi Cina walau di kawasan majoriti Melayu. Begitulah juga sebaliknya..WAllahua'lam.
Sumber asal dan sampingan:
http://misabah.blogspot.com/ (Sumber gambar)
http://www.utusan.com.my/ (Sumber maklumat)
http://www.prk059.pas.org.my/ (Keputusan pilihanraya ke-12)
http://www.prk059.pas.org.my/(keputusan sejak tahun 1990)
http://intanhijau.blogspot.com/ (Sumber maklumat)
Saturday, April 11, 2009
Rayuan Khas Adam Kepada Hawa
Siapakah Adam? Adam ialah: Datukku, Bapaku, abangku, adik lelakiku, bapa saudaraku, sepupu lelakiku, bakal suami adik perempuanku, rakan-rakan rijalku dan seumpamanya.
Siapakah Hawa? Hawa ialah: Nenekku, ibuku, adik perempuanku, anak saudaraku yg perempuan, kak iparku, rakan-rakan nisa'ku, bakal zaujati dan seumpamanya
Adam Merayu...
Hawa Percayalah...
Kami merayu, percayalah...
Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami merayu, percayalah...
Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami merayu, percayalah...
Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian.
Kami merayu, percayalah...
Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Kami merayu, percayalah...
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.
"LAlu apa yang telah kami lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah kami.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,
Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...
Sumber asal: http://www.iluvislam.com/
Siapakah Hawa? Hawa ialah: Nenekku, ibuku, adik perempuanku, anak saudaraku yg perempuan, kak iparku, rakan-rakan nisa'ku, bakal zaujati dan seumpamanya
Adam Merayu...
Hawa Percayalah...
Kami merayu, percayalah...
Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami merayu, percayalah...
Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami merayu, percayalah...
Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian.
Kami merayu, percayalah...
Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Kami merayu, percayalah...
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.
"LAlu apa yang telah kami lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah kami.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,
Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...
Sumber asal: http://www.iluvislam.com/
Wednesday, April 8, 2009
Matematik dan Falsafah Saudara Kembar Tak Seiras?
Assalamualaikum...
Persoalan:
Apakah hubungan falsafah dan matematik? Di samping itu, mengapakah banyak juga ahli falsafah besar-besar datangnya dari latar matematik seperti Pithagoras, Russell, Wittgenstein, Leibniz, Newton dan sebagainya?
Sebenarnya matematik merupakan juzuk utama falsafah. Falsafah pula yang bermaksudkan cintakan kebenaran, ialah ilmu induk yang mempunyai tiga komponen iaitu sains, matematik dan metafizik.
Falsafah pada asalnya mengkaji alam semesta dengan menggunakan pemikiran secara mendalam untuk mengetahui hakikat kewujudan alam semesta. Alam semesta yang boleh dicerap indera dikaji dengan penghujahan mantik untuk sampai kepada hakikat ketuhanan. Ketuhanan merupakan matlamat utama falsafah.
Justeru, matematik dilihat sebagai ilmu yang menghubungkan sains dengan metafizik dalam skema ilmu falsafah. Maka, dengan takrifan ini, seseorang yang menguasai sains, matematik dan cabang-cabangnya serta sampai kepada hakikat kebenaran bahawa alam semesta ini sebagai manifestasi keagungan Ilahi, layak digelar ahli falsafah.
Ciri ini boleh diperhatikan dalam diri ahli falsafah seperti Pithagoras, al-Farabi, Liebniz, Newton dan Einstein misalnya. Mereka kesemuanya mengakui kewujudan Tuhan Yang Maha Agung sebagai pencipta mutlak alam semesta.
Namun, ada sebahagian ahli falsafah seperti Russell yang belum tamat pemikirannya lalu gagal sampai ke destinasi metafizik. Russell sangat dikenali sebagai ahli falsafah yang menafikan metafizik.
Dalam era moden ini pula, apabila seseorang pelajar melakukan kajian secara mendalam dalam cabang ilmu sains, matematik atau metafizik, beliau akan dianugerah Doktor Falsafah.
Falsafah di sini mewakili maksud kajian yang mendalam yang tersirat di belakangannya aktiviti mencari kebenaran/hakikat yang bertepatan dengan realiti. Maka sama ada seorang pelajar itu melakukan kajian dalam bidang matematik, biologi, ekologi, atau antropologi maka di akhir kajiannya maka beliau mendapat ijazah falsafah yakni PhD.
Sejarah hidup Newton boleh diperhatikan untuk menggambarkan maksud ahli falsafah. Beliau mengkaji alam semesta khususnya berkaitan kimia, fizik dan optik. Kajian ini menggunakan kekuatan logik dan matematik.
Beliau mengembangkan ilmu kalkulus dan teori penghampiran dalam matematik untuk menerangkan konsep gerakan, graviti dan optik. Beliau mengiktiraf ketuhanan yang Maha Agung, Yang Maha Esa. Pendirian beliau tentang ketuhanan berbeza dengan masyarakat Eropah yang lain.
Beliau menolak konsep triniti Kristian tetapi mengisytiharkan mazhab unitarian yang mengiktiraf ketuhanan yang Maha Mulia. Beliau lebih banyak menulis tentang ketuhanan berbanding dengan bidang sains yang lain. Itulah sebab Raja James yang menjadi penaung Kristian di England berkonflik dengan Newton kerana pendirian Newton bahawa Tuhan mesti Esa Sifat-Nya.
Newton berpesan agar kematian beliau tidak diuruskan jenazahnya seperti penganut Kristian yang lain. Perhatikan perkataan beliau dalam karya agungnya Mathematical Principles of Natural Philosophy:
“The true God is a living, intelligent, and powerful being…He is eternal and infinite, omnipotent and omniscient; that is, his duration reaches from eternity to eternity; his presence from infinity to infinity; he governs all things, and knows all things that are or can be done. …We know him only by his most wise and excellent contrivances of things… [W]e revere and adore him as his servants”.
Jelas Newton menggabungkan ketiga-tiga komponen falsafah iaitu sains, matematik dan metafizik yang melayakkan beliau digelar ahli falsafah. Setiap ahli falsafah semestinya seorang saintis, tetapi seorang saintis tidak semestinya ahli falsafah.
Oleh: Prof. Dr. Mat Rofa Ismail, dari Institut Penyelidikan Matematik, UPM
Sumber: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
Monday, April 6, 2009
Polis Kata Pakatan Rakyat Sah Menang di Bukit Gantang.
Saya dapat maklumat dari seorang Prof salah satu universiti tempatan, memberitahu tentang hasil risikan pihak polis yang menyatakan kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat di Bukit Gantang. Maklumat ini diperolehi setelah beliau berbual dengan salah seorang penyokong UMNO yang tidak mahu mengundi sebab putus asa setelah dapat maklumat tersebut dari pihak polis. Maklumat tentang 2 tempat lagi tidak pula disentuh.
Menurut maklumat lain, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata:
"Undi Melayu 40 peratus untuk kita itu tidak berubah. Selebihnya Umno, iaitu yang atas pagar, dia dapat sebab dia beli.
"Yang 40 peratus ini adalah pengundi tegar, tidak berganjak. Cuma yang kita nak, tambah dalam 20 peratus lagi untuk dapat 60 peratus," katanya.
Beliau berpendapat, undi bukan Melayu mungkin meningkat dengan perkembangan kerajaan negeri di Perak di mana kaum Cina dan kaum India memberi sokongan yang lebih meningkat.
Pensyarah Sains Politik dari Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat, Bridget Welsh (Dr. Bridget Welsh, is Assistant Professor in Southeast Asian Studies at Johns Hopkins University-SAIS, Washington DC. Crisscrossing Malaysia) menjangkakan Pakatan menang 2-1 dalam pilihan raya yang akan berlangsung di Bukit Gantang dan Bukit Selambau (untuk Pakatan) dan memberikan BN satu iaitu Batang Ai.
"Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu....mungkin 2,000 majoriti," kata Welsh kepada Siasah.
Menjelang beberapa hari mengundi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Welsh meramalkan PAS akan menang 2,000 undi. Dalam pilihan raya itu, PAS menang 2,613 undi.
http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/esok-keputusannya-2-1.html
Selain itu, kecenderungan undian di internet lebih 80% pengundi (setakat hari sebelum mengundi)menjangkakan kemenangan 3-0, meskipun soalan berbentuk umum (Barisan atau Pakatan), diyakini bahawa ia merujuk kepada Pakatan Rakyat.
http://www.klpos.com/poll/51.html
Penganalisa politik Ong Kian Ming dalam tulisannya di Malaysiakini pula menjangkakan PAS akan menang dengan majoriti 3,000 undi di Bukit Gantang dan sebelum ini dia menjangkakan PKR akan menang dengan majoriti 1,500 undi di Bukit Selambau.
http://www.malaysiakini.com/news/101758
Zulkifli Sulong, kolumnis Malaysiainsider pula menjangkakan PAS akan menang 2,000 ke 3,000 undi di Bukit Gantang walaupun para penjudi Cina di sana menjangkakan PAS akan menang sehingga 5,000 undi di situ.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zulkifli-sulong/22457-bukit-gantang-perang-merebut-hati-orang-melayu
Kajian di Bukit Gantang mendapati, 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus memihak kepada BN manakala 34 peratus lagi tidak pasti.
Menurut kajian bebas Ilham Centre itu, 49 peratus berpendapat, isu di Perak harus diselesaikan melalui pembubaran DUN dan hanya 18 peratus sahaja setuju dengan cara BN mengambilalih kerajaan negeri Perak.
http://siasahdaily.blogspot.com/2009_03_01_archive.html
Menurut maklumat lain, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata:
"Undi Melayu 40 peratus untuk kita itu tidak berubah. Selebihnya Umno, iaitu yang atas pagar, dia dapat sebab dia beli.
"Yang 40 peratus ini adalah pengundi tegar, tidak berganjak. Cuma yang kita nak, tambah dalam 20 peratus lagi untuk dapat 60 peratus," katanya.
Beliau berpendapat, undi bukan Melayu mungkin meningkat dengan perkembangan kerajaan negeri di Perak di mana kaum Cina dan kaum India memberi sokongan yang lebih meningkat.
Pensyarah Sains Politik dari Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat, Bridget Welsh (Dr. Bridget Welsh, is Assistant Professor in Southeast Asian Studies at Johns Hopkins University-SAIS, Washington DC. Crisscrossing Malaysia) menjangkakan Pakatan menang 2-1 dalam pilihan raya yang akan berlangsung di Bukit Gantang dan Bukit Selambau (untuk Pakatan) dan memberikan BN satu iaitu Batang Ai.
"Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu....mungkin 2,000 majoriti," kata Welsh kepada Siasah.
Menjelang beberapa hari mengundi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Welsh meramalkan PAS akan menang 2,000 undi. Dalam pilihan raya itu, PAS menang 2,613 undi.
http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/esok-keputusannya-2-1.html
Selain itu, kecenderungan undian di internet lebih 80% pengundi (setakat hari sebelum mengundi)menjangkakan kemenangan 3-0, meskipun soalan berbentuk umum (Barisan atau Pakatan), diyakini bahawa ia merujuk kepada Pakatan Rakyat.
http://www.klpos.com/poll/51.html
Penganalisa politik Ong Kian Ming dalam tulisannya di Malaysiakini pula menjangkakan PAS akan menang dengan majoriti 3,000 undi di Bukit Gantang dan sebelum ini dia menjangkakan PKR akan menang dengan majoriti 1,500 undi di Bukit Selambau.
http://www.malaysiakini.com/news/101758
Zulkifli Sulong, kolumnis Malaysiainsider pula menjangkakan PAS akan menang 2,000 ke 3,000 undi di Bukit Gantang walaupun para penjudi Cina di sana menjangkakan PAS akan menang sehingga 5,000 undi di situ.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zulkifli-sulong/22457-bukit-gantang-perang-merebut-hati-orang-melayu
Kajian di Bukit Gantang mendapati, 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus memihak kepada BN manakala 34 peratus lagi tidak pasti.
Menurut kajian bebas Ilham Centre itu, 49 peratus berpendapat, isu di Perak harus diselesaikan melalui pembubaran DUN dan hanya 18 peratus sahaja setuju dengan cara BN mengambilalih kerajaan negeri Perak.
http://siasahdaily.blogspot.com/2009_03_01_archive.html
Subscribe to:
Posts (Atom)