Saturday, April 25, 2009

Kekal Agama Anak..Hukum Akidah dan Fekah Celaru Habis?



Kata Saidina Umar al-Khattab: Kita adalah kumpulan yang dimuliakan Allah dengan agama Islam...Jadi, Tatkala kita cari kemuliaan selainnya, maka akan dapat penghinaan dari Allah.

Berhubung dengan isu pengekalan agama asal kanak-kanak kepada agama Hindu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sebarang keputusan membabitkan agama Islam sepatutnya dibincangkan dengan Majlis Mufti-Mufti Malaysia terlebih dahulu.

Sambil menyatakan dukacitanya dengan keputusan Kabinet berkaitan isu anutan anak-anak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama kepada Islam, beliau berkata, jika keputusan itu dikekalkan, ia menimbulkan kekeliruan kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

”Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu bukan Islam memeluk Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak itu berumur lebih 15 tahun,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kabinet berhubung isu pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa memeluk agama lain.

Semalam, Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan itu merujuk kepada mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya Mahkamah Syariah.

Mufti Harussani berkata, agama Islam tidak seharusnya dikorbankan hanya kerana mahu memuaskan kehendak pihak-pihak tertentu.


”Jangan korbankan agama, akidah dan kepercayaan kita untuk hanya melayan atau menyenangkan orang lain dalam perkara ini,” katanya.

Di samping itu, lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantah keputusan Kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Allahummansur al-Islam wa al-Muslimin fi Kulli Makan wa Zaman. AMIN...

2 comments:

MOHD JAMIL said...

salam ustaz..
saya ada satu soalan..

Di kolej saya ada satu badan dakwah yg dipelori oleh pelajar itu sendiri.Tetepi ada sebilangan ahli ini sekitar 10 orang membuat usrah campur lelaki dan perempuan,ustaz sya pernah menegur mereka, tetapi mereka x trima teguran dan sekrang mereka tidak lagi bersama dengan badan dakwah ini dan meneruskan usrah campur mereka(menggunakan dalil Nabi Muhammad menyampaikan dakwah dengan berjumpa secara sulit di rumah Arqam bin Abi Arqam)..mereka mengatakan mereka menyertai jemaah/persatuan dibawah kepimpinan pas..1) soalan sya disini bolehkah dibuat usrah campur? ,dimana hampir setiap minggu usrah ini dijalankan..
2) mereka mengatakan jemaah2 lain seperti JIM,ISMA,HALUAN dan lain2 adalah salah kecuali PAS kerana alasannya jemaah ini tidak memperjuangkan islam secara syumul (menyeluruh).sya x mengatakan PAS itu salah @ atau betul tetapi mereka ini seperti terlalu taksub dengan jemaah..Ustaz tolong saya.

Tuan Rumah said...

Salam..kepada Uzlah..

maaf lambat respon,

ttg teguran psl campur lelaki perempuan, sy xpasti ia bercampur bagaimana...jika langgar ikhtilat, mmg salah, jika msih dijaga adab pergaulan, ia tiada masalah..

psl byk jemaah, mungkin sy bleh dtgkan pndapt Sheikh Yusuf al-Qardawi ketika beliau brjumpa dgn semua jemaah Islam malaysia di singapura seingat saya...

mnurut al-Qardawi, semua jemaah tersebut perlu bersatu di bawah parti siyasah Islam sekarang yg tlh pun wujud di malaysia..sy rasa saudari faham apa maksud saya...iaitu parti siyasah mana perlu kita ikuti dan bergabung di bawahnya..

tp perlu mnjaga adab berbeza jemaah dan beza pndapat yg pasti terjadi..

WAllahua'lam