Sunday, April 12, 2009

Keputusan Lengkap % Undian di Bukit Gantang

Assalamualaikum.

Khas bagi peminat perkembangan politik negara, ini adalah maklumat lengkap mengikut unit peti undi bagi pengundian kawasan parlimen Bukit Gantang.

Sesiapa yang terer nak buat muhasabah atau nak bina kekuatan berterusan atau kekuatan semula tu, boleh la jadikan ini sebagai rujukan.

Keputusan DUN TRONG



Antara perkembangan menarik ialah, keputusan di DUN Changkat Jering yang mana YB kawasan tersebut iaitu YB Mohd Osman Mohd Jailu yang telah lompat ke BN turut mengalami kekalahan teruk.

Ini mungkin membayangkan, tindakan beliau yang membantu tertubuhnya kerajaan baru Perak tidak mendapat restu rakyat..WAllahua'lam..

Begitu juga majoriti di kalangan bukan Melayu yang mengundi PAS dan sebaliknya majoriti melayu pula mengundi UMNO sudah pasti mengundang persoalan menarik di benak hati korang.

Keputusan DUN Changkat Jering



Berdasarkan maklumat, undi kaum Melayu kepada PAS di kampung dan pedalaman telah menurun berbanding undi Melayu yang berada di bandar yang telah meningkat kepada PAS.

Ini juga pasti mengundang tafsiran yang mengatakan, jika rakyat mendapat maklumat, sudah pasti mereka juga akan mengundi PAS..Ni pun WAllahua'lam.

Keputusan DUN Kuala Sepetang



Kekawan juga boleh bandingkan keputusan undi kali ini dengan keputusan PRU sejak tahun 1990 melalui link di bawah. Cuba lihat aliran pengundian mengikut kaum dan zaman.

Sudah pasti menarik, contohnya terdapat pertandingan di antara orang Melayu dan orang Cina, tapi dimenangi Cina. Ini menandakan orang Melayu juga tak segan mengundi Cina walau di kawasan majoriti Melayu. Begitulah juga sebaliknya..WAllahua'lam.

Sumber asal dan sampingan:
http://misabah.blogspot.com/ (Sumber gambar)
http://www.utusan.com.my/ (Sumber maklumat)
http://www.prk059.pas.org.my/ (Keputusan pilihanraya ke-12)
http://www.prk059.pas.org.my/(keputusan sejak tahun 1990)
http://intanhijau.blogspot.com/ (Sumber maklumat)

2 comments:

Anonymous said...

andaian saudara bagi saya tidak lah boleh diterima pakai sgt, perlu juga dititikberatkan peratusan keluar mengundi dan juga pengundi2 yang keluar mengundi, mgkin ad benarnya pendapat saudara tetapi untuk saya, secara peribadinya tidak bersetuju dgn pendapat saudara.

Tuan Rumah said...

Salam...

terima kasih atas respon saudara/i..
harap TuanRumah masih xterlewat utk alu-alukan komen cadangan dan pandangan saudara/i..

Syukran (terima kasih)